Setiap orang dilahirkan dengan bakat tertentu. Itu lah yang menjadikan setiap individu unik dan berbeza di antara satu sama lain.
Menerusi media sosial, kita dapat menyaksikan pelbagai bakat hebat segelintir individu dan rasa ingin dicuba. Tapi hati-hati kerana ia perlu diasah terlebih dahulu dan segelintir kemahiran tidak disarankan untuk dicuba kerana boleh mendatangkan risiko.
Terbaharu, seorang wanita ayra.bell telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi aksi hebat seorang pekerja kedai makan.
Kunjungi premise tersebut untuk makan dan minum pagi, wanita itu melihat seorang pekerja lelaki yang sedang bertungkus lumus mengemas meja makan yang telah digunakan pelanggan.
Penuh dengan gelas minuman, pekerja itu mengambil satu per satu dan menyusunnya hingga tinggi seperti menara. Bila siap, dia terus berlalu ke dapur dan membawa gelas yang dikutip untuk dicuci.
Melihat aksi hebat pekerja tersebut, dia berasa sangat kagum. Ujarnya, “Bukan saja makanan sedap-sedap, pekerja pun hebat-hebat!”.
@ayra.bell wew 😯 bukan saja makanan sedap² pekerja pun hebat² 😆
@ayra.bellwew 😯 bukan saja makanan sedap² pekerja pun hebat² 😆♬ SWIPE – ALYPH
Namun apabila melihat di ruangan komen video tersebut, orang ramai berasa gerun melihat aksi pekerja itu. Nampak hebat tapi mereka risau akan berlaku sesuatu yang tidak diingini.
“OMG! Ada tukang sambut tak kat dapur? Kalau tak ada, pisang la jawabnya.”, kata seorang pengguna.
Manakala pendapat seorang lagi pengguna, “Cari pasal saja. Tu kalau dah jatuh terkena pelanggan dah satu hal pula. Halah!”.
Tak semua orang dilahirkan dengan bakat untuk mengutip dan membawa gelas setinggi itu. Mungkin pekerja itu sudah lama mempraktikkan cara itu dan sudah terbiasa.
Jadi bagi kita yang tiada pengalaman, jangan sesuka hati berbuat begitu kerana ia boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini.
Kredit: ayra.bell