Setara degan arus pemodenan, peralatan dalam bidang jahitan turut berkembang maju. Namun siapa boleh lupa pada mesin jahit klasik zaman 90-an yang kelihatan sangat lawa?
Namun, mesin jahit sebegitu sudah sukar ditemui tapi kerana ada yang menggemari rupa klasik dan vintagenya, ada yang mengguna semula mesin jahit lama yang sudah rosak sebagai hiasan.
Seperti yang dilihat oleh seorang lelaki rosiditalhad yang berada di sebuah restoran berasa terhibur apabila melihat gelagat lucu seorang pelanggan.
Seperti biasa, restoran itu yang terkenal dengan nasi kandar dan dekorasi moden klasik sering dikunjungi orang ramai. Pada waktu operasinya, ia dikunjungi oleh seorang pelanggan yang telah memesan sepinggan hidangan nasi kandar untuk dinikmati di situ.
Berselera makan hidangan itu sambil bermain telefon, lelaki itu turut melayan meja makan di kedai itu dengan menggerakkan kaki mengayuh paddle kaki mesin jahit yang disediakan.
Melihat pelanggan tersebut bersungguh menganyuh, lelaki itu berasa terhibur melihatnya.
@rosiditalhad #foodtiktok #nasiganja #nasikandarmelayu #artfood ♬ Cahaya Cinta – Album Version – Flybaits
Di ruangan komen, orang ramai terhibur melihat pelanggan itu makan sambil menganyuh, seolah sedang menjahitkan sepasang baju.
Usik beberapa pengguna, “Habis nasi tu settle baju kurung sehelai!”.
Manakala ada juga yang berasa nostalgik selepas melihat meja makan unik tersebut yang menggunakan elemen meja jahit klasik. “Roda tu la stering kereta masin kecil-kecil dahulu. Korang budak-budak muda apa tau?”, kata seorang lelaki.
Wah! Kreatif juga pemilik untuk menggunakan meja makan sebegitu kan, sesiapa yang pernah memiliki mesin jahit sebegitu dahulu tentu suka bila dapat menemuinya.
Dengan meja makan sebegini juga, kita dapat mengguna semula bahagian meja jahit lama dan mengelakkan pembaziran.
Kredit: rosiditalhad
Baca Juga: Pening Teman Wanita Merajuk, Lelaki Ini Minta Barista Pujuk Tapi Tak Sangka Ini Pula Yang Ditulis