Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Buat Lempeng Gulung Paling Mudah, Cicah Dengan Kuah Kari Lagi Sedap

Ini Cara Buat Lempeng Gulung Paling Mudah, Cicah Dengan Kuah Kari Lagi Sedap

Kategori: ,
lempeng gulung paling mudah

Jika negara Amerika Syarikat suka menikmati pankek untuk sarapan pagi, Malaysia pula lebih memilih lempeng yang lebih nipis dan sesuai dicicah dengan pelbagai kuah.

Terdapat banyak resepi lempeng yang ada di luar sana tapi kali ini kita mahu back-to-basic dan ingin berkongsi resepi lempeng gulung paling mudah oleh Lyn Ab Rahman di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Ini Cara Buat Lempeng Gulung Paling Mudah, Cicah Dengan Kuah Kari Lagi Sedap

Bahan-bahan

  • 2 cawan tepung
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur ayam
  • Sedikit pewarna kuning telur
  • Garam

Cara-caranya

  1. Masukkan semua bahan dalam satu mangkuk dan kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  2. Pastikan tekstur adunan tidak terlalu cair dan panaskan kuali non stick anda.
  3. Bila sudah cukup panas, tuangkan adunan (tak perlu minyak), dan goreng lempeng hingga masak sekata.
  4. Keluarkan dari kuali dan gulung setiap keping lempeng.
  5. Sedia untuk dihidangkan. lempeng gulung paling mudah lempeng gulung paling mudah

Dah siap lempeng ini. Ringkas sahaja, jadi sesuai untuk anda yang mahukan sarapan pagi yang sangat ringkas dan tak perlu banyak masa untuk disediakan. Dalam 5 minit pun dah siap!

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Lyn Ab Rahman

Baca Juga: Ini Resepi Kaki Ayam Mushroom Chinese Style. Tinggi Dengan Kolagen, Elok Dimakan Selalu

tags: | | |