Resepi sup ayam mudah, cepat dan sedap ini dikongsikan oleh seorang wanita di Facebook. Hanya mengambil masa 15 minit dah siap sup ayam seperiuk. Suami dan anak-anak pun makan berselera, siap bertambah.
Tidak kira tua atau muda pasti menggemari masakan sup ayam ini. Selain bahan-bahannya mudah didapati, resipi ini juga senang untuk diikuti.
Lebih-lebih lagi jika anda mahu memasak sesuatu yang simple tapi sedap selepas pulang dari kerja atau ketika hari-hari malas menyapa. Jom cuba!
Resipi Sup Ayam Paling Mudah, Cepat & Sedap! 15 minit Dah Siap Masak
Bahan-bahan:
- 7-8 ketul ayam yang telah dipotong
- Bawang putih 5 ulas
- Halia sebesar ibu jari
- Bawang besar 1 biji
- Sup bunjut
- 2 kiub pati ayam
- Cili padi 2 biji (titikkan)
- Lada hitam secubit (tumbukkan)
- Garam secukup rasa
- Daun sup & daun bawang
- 6 biji bawang merah kecil (hiris nipis)
Cara-cara:
- Masukkan ayam dan air dalam periuk. Hidupkan api.
- Masukkan bawang putih, halia dan bawang besar dalam periuk bersama ayam tadi, Biarkan masak bersama.
- Masukkan sup bunjut.
- Biarkan semua bahan mereneh.
- Bila ayam dah masak, masukkan 2 kiub pati ayam.
- Nak lagi pedas, masukkan cili padi.
- Masukkan lada hitam yang sudah ditumbuk. Kemudian masukkan garam secukup rasa, daun sup dan daun bawang.
- Dalam kuali lain, gorengkan bawang merah kecil yang sudah dihiris nipis.
- Bila bawang dah kekuningan, terus masukkan ke dalam sup tadi sekali dengan minyak.
- Siap, selamat mencuba!
Kredit: Ameera
Baca juga: Cara Buat Ayam Kunyit Kicap Berempah Yang Terlajak Sedap, Confirm Makan Bertambah!