Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Resipi Pais Ikan Tenggiri Kukus Kampung, Masakan Zaman Dahulu Sampai Terkenang Memori Lama

Ini Resipi Pais Ikan Tenggiri Kukus Kampung, Masakan Zaman Dahulu Sampai Terkenang Memori Lama

Kategori: ,
pais ikan tenggiri kukus

Korang penggemar ikan tenggiri? Selalu masak lemak atau gulai sahaja, kali ini jom buat pais ikan tenggiri pula.

Pais atau juga dikenali sebagai pepes merupakan makanan khas masyarakat Jawa Barat, Indonesia. Bahan asasnya ialah ikan dan daun pisang. Makanan ini cukup terkenal kerana identik dengan daun pisang.

Secara modennya, pais ikan cuma perlu dimasak dengan menggunakan air fryer atau dibakar dalam oven sahaja. Makanan berlapik daun pisang ini sangat disukai ramai dan ianya juga sama seperti otak-otak dan satar.

Jom kita ikut perkongsian pais ikan tenggiri ini bersama.

Ini Resepi Pais Ikan Tenggiri Kukus Kampung, Masakan Zaman Dahulu Sampai Terkenang Memori Lama

Bahan-Bahan:

  • 4 ketul ikan tenggiri saiz comel
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar cili kering
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • sedikit kunyit hidup
  • sedikit belacan
  • 2 keping asam keping (rendam asam keping dengan air panas suku cawan, tapis ambil air asam keping sahaja).
  • 1 batang serai
  • sedikit daun kesum
  • sedikit daun kunyit
  • sedikit bunga kantan
  • daun pisang

Cara Penyediaan:

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, sedikit halia, sedikit kunyit hidup, sedikit belacan.
  2. Rendam asam keping dengan air panas suku cawan, tapis ambil air asam keping sahaja. Elakkan guna asam jawa sebab tinggi karbohidrat.
  3. Hiris 1 batang serai, sedikit daun kesum, daun kunyit dan bunga kantan.
  4. Perap semua bahan-bahan ditumbuk, dihiris dengan ikan tenggiri.
  5. Ambil daun pisang yang dah dilayurkan dengan api untuk sennag bungkus.
  6. Letak ikan dan isinya.
  7. Bungkus kemas-kemas dan cantik-cantik.
  8. Masuk tempat pengukus.
  9. Kukus 25-30 minit. Siap!

pais ikan tenggiri kukus pais ikan tenggiri kukus pais ikan tenggiri kukus pais ikan tenggiri kukus

Sudah siap pais ikan tenggiri kukus kita. Senang kan? Kalau nak resepi ikan tenggiri yang lain dari yang lain boleh lah try yang ini pula!

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua dan selamat mencuba!

Baca juga: Suka Makan Indomie Dari Indonesia? Ini 10 Kedai Makan Indomie Tersedap Di Malaysia Dengan Tahap Pedas Berbeza!

tags: | |