Penggunaan kuali yang berkualiti dan tahan lasak sangat penting semasa memasak, lebih-lebih lagi jika anda jenis yang suka berada di dapur.
Oleh itu, kita sentiasa mencari kuali baru di pasaran yang berkualiti. Walaupun mahal tapi asal berbaloi, ramai yang sanggup habis ratusan ringgit untuk sebiji kuali.
Tapi buat apa beli mahal tapi salah cara penjagaannya? Jangan risau, di sini kami berkongsi perkara yang anda perlu amalkan sebelum menggunakan kuali yang baru sahaja dibeli.
Kuali yang baru memang akan datang dalam keadaan yang elok dan kita sudah teruja untuk menggunakannya tapi nasihat sinorasyahira, anda perlu guna teknik ‘seasoning’ dahulu sebelum disimpan.
Ini bagi mengelakkan karat dan untuk memastikan perasa yang digunakan dalam masakan dapat meresap dengan baik.
Untuk penjelasan yang lebih lanjut, tonton videonya di sini.
https://www.tiktok.com/@sinorasyahira/video/7160624091995655451
@sinorasyahira tujuan season kuali baru ni untuk menjaga jangka hayat kuali dan supaya kuali tak melekat masa masak 😊 kalau season kuali non-stick lain, jangan pulak disental dengan berus dawai ya 😅 kalau kuali honeycomb ni takpe. dia lasak sikit 🤭 #tipsmenggunakankualibaru #seasonkuali #honeycombpan #tipsdapur #projekdapur #dapurnoraa ♬ son original – Deejay NO
Sebenarnya tak kira kuali baru atau lama, teknik ini boleh digunakan semua. Amalkan untuk menjaga jangka hayat kuali anda.
Semoga tip ini bermanfaat buat anda.
Kredit: sinorasyahira
Baca Juga: Potong Mood Bila Masak Nasi Tapi Jadi Lembik! Jangan Buang Lagi, Cuba Letak Satu Bahan Ini Dulu