KFC menjadi antara restoran makanan segera yang tersohor di Malaysia kerana menyajikan pelbagai jenis hidangan dengan harga yang berpatutan. Bukan sahaja ayam goreng tapi menu edisi terhad turut disukai ramai.
Antaranya adalah Kentang Goncang (Hot & Spicy) yang tidak pernah lapuk dan asyik kembali kerana sambutan hebat. Bukan sahaja rasanya sedap tapi arahan dan ilustrasi pada produk itu turut kreatif sehingga buat ramai yang ingin mengikutnya.
Hal itu telah dikongsikan di laman TikTok oleh seorang gadis, _nanadas yang menyaksikan kawannya cuba mengikut arahan yang telah disediakan pada kentang goncang tersebut.
Mengunjungi restoran makanan segera itu untuk makan bersama, dia telah memesan satu paket Kentang Goncang (Hot & Spicy) edisi terhad untuk dinikmati.
Pelik melihat ilustrasi dan arahan yang telah dilukis pada paket kentang tersebut, dia menghulurkannya pada kawannya untuk cuba.
Menyahut cabaran tersebut, kawannya melihat arahan pada paket kentang goncang tersebut dan terus mencubanya. Pada mulanya dia meletakkan kentang tersebut atas meja makan lalu digoncang.
Kemudian, dia turun ke lantai dan cuba buat tarian hip hop sambil mengocangkan kentang tersebut. Akhir sekali, dia duduk di tepi meja dan mengoncangkannya sekali lagi seperti arahan pada paket.
Melihat kawannya mencuba aksi-aksi pelik itu, wanita itu hanya mampu rasa terhibur.
@_nanadspaham arahan π
Di ruangan komen, orang ramai turut tergelak melihat gelagat lelaki itu yang gigih cuba satu-satu arahan yang ada pada kentang goncang tersebut.
“Weh! Aku yang rasa malu buat gini.”, luah seorang pengguna.
Lain macam juga arahan kentang goncang KFC ini, kan? Sampai perlu buat gaya hip hop pula lelaki itu! Walaupun begitu, tidak dinafikan bahawa arahan dan ilustrasi pada menu edisi terhad itu menarik perhatian orang ramai.
Kredit: _nanadas
Baca Juga: Penat Jaja Jambu Tepi Jalan Raya Hingga Tertidur, Ramai Simpati Lihat Nasib Pak Cik Ini