Daun sup dan daun bawang ketumbar merupakan bahan yang sering digunakan dalam masakan, terutamanya sebagai bahan hiasan. Ia menjadi pelengkap dan memberi rasa dan aroma pada mana-mana hidangan.
Walaupun kelihatan sama, tapi daun sup dan daun ketumbar ada perbezaannya dari segi aroma dan rasa. Namun, masih ramai yang tertukar, akhirnya bila diguna dalam masakan jadi tak sesuai.
Jadi bagi membantu anda, di sini kami ingin berkongsi cara paling mudah untuk bezadaun sup dengan daun ketumbar oleh lurveain_.
Jika anda sering ke pasaraya, daun ketumbar selalunya akan diletakkan di sebelah daun sup jadi ini akan menyukarkan pembeli untuk membezakan keduanya.
Selain dari bau, anda juga boleh melihat pada akar daun sup dan daun ketumbar.
Daun sup biasanya mempunyai akar bersaiz kecil dan berserabut.
Manakala untuk daun ketumbar pula, akarnya bersaiz besar dan seakan akar tunjang. Boleh rujuk pada gambar di bawah untuk lihat perbezaannya.
Selain dari itu, batang dan daun keduanya sangat berbeza. Daun sup mempunyai batang yang lebih panjang dan daun yang lebih lebar tapi jarang berbanding dengan daun ketumbar.
Lihat pada video di bawah untuk penjelasan yang lebih lanjut.
@lurveain_ Selalu dah sampai rumah time nak potong tu baru perasan. Aishhh lain macam bau dia. Skrg tengok pun dah tau 🫢 #mompreneurlife #masakdirumah #fyp
@lurveain_ Selalu dah sampai rumah time nak potong tu baru perasan. Aishhh lain macam bau dia. Skrg tengok pun dah tau 🫢 #mompreneurlife #masakdirumah #fyp ♬ Made You Look – Meghan Trainor
Memang daun sup dan daun ketumbar kelihatan sama tapi ia digunakan dalam lain jenis masakan. Jadi, jangan mudah tertukar dan ikut sahaja cara ini lain kali supaya kesilapan itu tidak selalu berlaku.
Kredit: lurveain_