Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Bihun Di Dapur Selalu Tak Habis? Guna Buat Kuih Bihun, Macam-Macam Warna Boleh Dicuba

Bihun Di Dapur Selalu Tak Habis? Guna Buat Kuih Bihun, Macam-Macam Warna Boleh Dicuba

Kategori: ,
kuih bihun

Kuih Bihun menjadi sejenis kuih yang terkenal dan selalu disajikan di majlis kenduri-kendara suatu ketika dahulu.

Namun kelibat kuih ini sudah jarang dilihat dan tak ramai yang tahu cara nak menyediakannya. Nasib baik di sini kami ingin berkongsi caranya yang telah dikongsikan oleh Puan Rohaizan Musa di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).

Bihun Di Dapur Selalu Tak Habis? Guna Buat Kuih Bihun, Macam-Macam Warna Boleh Dicuba

Bahan-bahan

  • 1 bungkus bihun (patah-patahkan)
  • 2 cawan gula (tak suka manis boleh kurangkan)
  • Sedikit garam
  • Pewarna
  • 1 cawan air

Cara-caranya

  1. Satukan gula, garam, pewarna, air dan masak sampai pekat.
  2. Tambahkan bihun tadi dan gaul sehingga sebati.
  3. Dah siap, toskannya. Masukkan dalam talam atau cuba rata-ratakan. Biarkan sejuk dan kering.
  4. Sediakan minyak masak yang mencukupi dalam kuali dan panaskan minyak biar betul-betul panas.
  5. Pakai penapis besi dan letakkan sejemput bihun, celup dalam minyak panas.
  6. Dah kembang cepat-cepat angkat pakai penyepit. Kepit bihun tu dan masukkan dalam cawan. Kemudian, ambik 1 cawan lagi (cwn yg sama saiz,) dan tekap kuat-kuat. (Dia melekat masa panas saja. Kalau dah sejuk memang takkan melekat dah).
  7. Ulang sampai habis. kuih bihun kuih bihun kuih bihun

Ringkas sangat kuih bihun ini, kan? Bagi anda yang ingin mencubanya, ikuti sahaja resepi ini. Dijamin berkesan dan mudah sahaja.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Puan Rohaizan Musa

Baca Juga: Ini Rahsianya! Tips Kuih Apam Nasi Supaya Jadi Lebih Gebu. Nak Merekah Cantik Kena Guna Cara Ini

tags: | |