Kejujuran merupakan sesuatu yang sangat diperlukan, terutamanya dalam hubungan percintaan. Kerana sayang, semuanya ingin dikongsikan dengan pasangan masing-masing.
Namun hati-hati bila berkongsi sesuatu pada pasangan anda, kerana bila terlalu jujur juga boleh membawa padah!
Seperti mana yang telah berlaku pada seorang lelaki, aliffazami yang telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi perkara yang telah terjadi.
Menikmati semangkuk laksa bersama teman wanitanya di sebuah taman, dia mula membuka cerita mengenai perkara yang terjadi semasa dia pergi membeli laksa tersebut di sebuah gerai.
Menurutnya, dia yang pergi membeli telah meminta dua mangkuk laksa untuk dibungkus. Ketika peniaga sedang menghidangkannya, dia juga meminta untuk meletakkan kuah terus dalam bekas tersebut kerana ingin segera dimakan.
Bila mak cik tersebut bertanya dengan siapa dia ingin menikmati laksa tersebut, lelaki itu terkejut apabila peniaga tersebut menawarkan diri untuk makan bersamanya.
Cuba menjelaskan lagi bahawa dia lebih rela makan bersama teman wanitanya, lelaki itu terkejut apabila melihat dia hilang dari pandangan dan tidak berjaya dikesan.
Bila dicari, dia terkejut apabila melihat teman wanitanya merajuk di bawah sebuah pokok!
@aliffazami aku insan yang jujur
@aliffazamiaku insan yang jujur
Meninjau di ruangan komen, orang ramai terhibur melihat gelagat pasangan tersebut. Ujar seorang pengguna, “Nasib baik dia tak pergi kedai tu!”.
Manakala komen seorang lagi pula, “Selamat akak tu nyorok belakang pokok. Mai akak tu panjat pokok tak ke naya member tu?”.
Hati-hati bila terlampau jujur, tak pasal-pasal pula pasangan anda yang merajuk akhirnya, sekarang perlu fikir cara untuk memujuk mereka. Kalau kena mengorat ke apa, sebaiknya simpan pada diri sendiri ya lain kali.
Kredit: aliffazami