Tidak dinafikan, Malaysia sebenarnya mempunyai ramai rakyat yang hebat dari segi pemikir-pemikirnya. Malaysia sekarang mampu maju dengan lebih tinggi kerana kita hidup dalam pelbagai bangsa dan kaum yang majmuk. Sayang jika kebijaksanaan dan bakat anak muda Malaysia disisihkan jika kita hanya fokus kepada perpecahan kaum yang entah bila akan selesainya.
Misalnya, Jocelyn Yow dari Alor Setar menjadi datuk bandar termuda di Eastvale, California, pada usia 25 tahun. Pencapaiannya menjadi kebanggaan bagi kampung halamannya.
Sesungguhnya, dia memberikan contoh yang baik bagi anak muda di Malaysia, dengan memberitahu dunia bahawa Malaysia mempunyai ramai warga berbakat yang boleh dibanggakan.
Seperti sebuah video yang tular di laman TikTok, seorang bakat anak muda menjadi perhatian netizen apabila dia menunjukkan satu reka bentuk atau prototaip kotak makanan dengan cara dan penyampaian yang kreatif.
Hal itu mungkin hanya nampak biasa di mata sesetengah orang, tetapi jika dilihat dalam perspektif berbeza, rekaan yang diibuat memerlukan penelitian dan solusi untuk menggabungkan rekaannya supaya berfungsi. Ia bukannlah satu perkara yang mudah.
Reka bentuk yang dicipta menggunakan kotak dan kertas dijadikan satu mesin makanan atau dipanggil vending machine. Ia memerlukan duit syiling untuk mendapatkan makanan yang ingin dibeli di dalam peti itu. Ia kelihatan seperti vending machine biasa, tetapi rekaan itu harus dipuji kerana kreatif dan cara fikir anak muda yang mampu berfikir dengan bakat yang diberi.
“Saya buat kotak makanan. Ni untuk makanan tau. Kita buat masuk duit. Saya nak beli Super Ring. Kita tekan…”, katanya sambil menunjukkan bagaimana kotak makanan itu berfungsi menerusi video budak lelaki cipta kotak makanan tersebut.
Dengan suara comelnya, dia menerangkan bagaimana dan di mana duit syiling akan jatuh di tempatnya. Serta, bagaimana dia mengisi makanan ke dalam kotak tersebut kepada penonton video.
@muhddanishkhalish♬ Acoustic Guitar Stroll – Dow Brain
Melihat kepada ruangan komen netizen, ramai yang terharu dengan kebolehan dan bakat budak lelaki berkenaan. Kata mereka, budak lelaki ini mempunyai bakat yang besar dan ia harus diketengahkan untuk menggilapnya dengan lebih baik.
Tambah mereka, budak seperti ini dan juga anak muda yang lain harus diberi peluang dalam sistem pendidikan yang bukan hanya menumpukan dan menganggungkan pelajaran sains, tetapi ia lebih tertumpu kepada minat pelajar. Kerana pada akhirnya, jika ia diasuh, pasti ia menjadi dengan jayannya.
“Pandainya awak, belajar elok-elok dik,” kata seorang netizen bernama Ahmad Solehuddin.
“Mak ayah boleh ketengahkan bakat adik ni tengok dia kreatif tu. Moga berjaya dunia akhirat dik,” komen seorang netizen bernama Len memberi pendapat selepas melihat video budak lelaki cipta kotak makanan yang tular itu.
Semoga bakat-bakat yang kecil ini diperluaskan dengan pendidikan Malaysia yang terus menuju ke hadapan. Bersatu dan bersama menggembleng tenaga dengan seluruh kaum, dan benamkan sifat kebencian. Hanya sibuk dengan dunia yang lebih baik.
Dari sebuah kotak makanan, ke Malaysia di persada dunia. Bangkit semua anak muda Malaysia yang berbakat. Hapuskan kebencian, dan hanya fokus ke arah dunia yang lebih baik.
Sumber: muhddanishkhalish