Datang sahaja mood untuk memasak, tentu akan ada beberapa bahan yang tiada di dapur. Tapi selalunya kita juga tak akan rajin untuk keluar dari rumah, jadi nak mudah; si isteri akan selalu meminta tolong suami untuk pergi membeli di kedai.
Namun, tak semua lelaki tahu bahan yang perlu yang dicari dan kalau tidak diberitahu dengan elok, tak pasal-pasal pula mereka akan tersalah!
Seperti mana yang telah dikongsikan oleh seorang wanita, norrasiemah melalui sebuah video yang telah dimuat naik di laman TikTok.
Ceritanya, dia yang ingin memasak mi telah kehabisan daun kucai di dapur. Tak mahu keluar dari rumah, dia meminta suaminya untuk tolong membelikannya.
Pulang dari kedai, suaminya terus menghulurkan barang yang telah dimintanya dan bila melihatnya, wanita itu tak mampu nak marah, hanya tergelak.
Diminta daun kucai tapi membawa pulang ubat Poh Chai, lelaki itu juga kelihatan malu dengan kesilapannya, tak habis lagi digelakkan oleh isterinya.
@norasiemah hahahahahhahaah peningg kepalaaa #berandatiktok #fypp #bangsajohor #fypシ゚viral #fyp
@norasiemah hahahahahhahaah peningg kepalaaa #berandatiktok #fypp #bangsajohor #fypシ゚viral #fyp ♬ suara asli 🌹 – ❤️ Dwi N 🇮🇩🌹
Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut terhibur melihat pasangan tersebut. Pesan seorang pengguna, “Kalau hantar lelaki beli barang, hantar gambar barang sekali!”.
Manakala usik seorang pengguna pula, “Boleh try campur mi juga tu, resepi baru.”.
Pening kepala si isteri apabila suami tersalah beli, terus tak jadi untuk memasak di dapur. Walau apapun, lain kali kita perlu jelaskan sebaiknya pada si lelaki sebelum disuruh.
Kredit: norrasiemah
Baca Juga: Minta Sos Keju Lebih, Wanita Ini Terkejut Bila Pekerja Marry Brown Letak Hingga Penuh Satu Bekas