Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gigih Belanja Bini Makan Sedap Di Restoran Tepi Sungai, Rupanya Lelaki Ini Ada Udang Di Sebalik Batu!

Gigih Belanja Bini Makan Sedap Di Restoran Tepi Sungai, Rupanya Lelaki Ini Ada Udang Di Sebalik Batu!

Kategori: ,
Belanja Bini Makan Sedap

Meskipun sudah mendirikan sebuah rumah tangga yang bahagia, setiap orang masih berpegang pada hobi dan minat masing-masing.

Lebih-lebih lagi pada kaum lelaki yang masih gemar keluar dan lepak bersama kawan-kawan untuk melayan hobi seperti memancing dan menonton perlawanan bola sepak.

Hal itu tidak dilarang isteri mereka tapi mana perempuan tak akan risau apabila suaminya keluar lama. Oleh itu, si lelaki perlu lah bijak dan tahu ‘perangkap’ si isteri.

Gigih Belanja Bini Makan Sedap Di Restoran Tepi Sungai, Rupanya Lelaki Ini Ada Udang Di Sebalik Batu!

Seperti yang telah dikongsikan oleh seorang lelaki, umrfhmi di laman TikTok yang telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi caranya.

Merupakan penggemar sukan bola sepak, lelaki itu merancang untuk ke sebuah stadium bagi tujuan mengambil barangan. Belanja Bini Makan Sedap

Namun tidak mahu dimarahi isteri kerana perlu meninggalkannya, dia perlu memikirkan cara untuk memujuknya.

Jumpa cara yang bernas, dia mengajak isterinya keluar makan di sebuah restoran di tepi sebuah sungai.

Memesan pelbagai jenis makanan, isterinya kelihatan begitu teruja melihat begitu banyak makanan yang ada di hadapan mata. Belanja Bini Makan Sedap

Selesai sahaja menjamu selera, dia mengajak isterinya berbual di tepi sungai dan menyatakan hasratnya untuk pergi ke stadium bagi tujuan mengambil baju kelab bola sepak. Belanja Bini Makan Sedap

Terkejut kerana tertipu dengan perangkap suaminya, si isteri kelihatan merajuk tapi dia berjanji bahawa ini merupakan kali terakhir dia akan meninggalkannya untuk melayan hobi.

@umrfhmi

Sesekali kan terperangkap🙋🏻‍♂️!!#fypシ゚viral

♬ bunyi asal – UmarFahmi – UmarFahmi

@umrfhmi Sesekali kan terperangkap🙋🏻‍♂️!!#fypシ゚viral ♬ bunyi asal – UmarFahmi

Menjengah di ruangan komen, orang ramai yang melihat gelagat pasangan itu terasa seperti ingin tergelak. “Boleh try trick ni. Tapi saya selalu beli dulu, nak diamkan bebelan. Jom pergi makan, senyap!”, cerita seorang pengguna.

Comel Sahaja Merajuk, Ramai Terhibur Lihat Gelagat Pasangan Ini Belanja Bini Makan Sedap

Demi sehelai jersey bola sepak, si suami perlu lah bijak untuk ‘memancing’ isteri, kan? Dah puas dia makan, mungkin dia tak adalah terlalu marah lepas ni.

Walau apapun, harap si isteri tidak merajuk terlalu lama. Kesian pula si suami perlu fikirkan cara untuk memujuknya.

Kredit: umrfhmi

Baca Juga: Tambah Sos Ikan, Cara Wanita Thai Ini Makan Nasi Lemak Buat Ramai Orang Malaysia Terkejut

tags: | | | |