Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Balik Kampung Tak Bagitahu Mak, Wanita Ini Hanya Mampu Tadah Telinga Kena Bebel Dalam Bahasa Thai

Balik Kampung Tak Bagitahu Mak, Wanita Ini Hanya Mampu Tadah Telinga Kena Bebel Dalam Bahasa Thai

Kategori:
Kena Bebel Dalam Bahasa Thai

Cuti umum yang telah diadakan oleh pihak berkuasa memberi peluang bagi mereka di kota untuk bersiap sedia pulang bagi menjenguk dan meluangkan sedikit masa dengan keluarga di kampung.

Oleh itu, ibu bapa di kampung yang paling teruja menanti kepulangan anak-anak dan akan melakukan pelbagai persiapan bagi menyambut mereka.

Namun, ada juga yang tidak akan memberitahu mengenai perancangan pulang sekadar untuk melakukan sedikit kejutan. Berbuat begitu boleh mengundang geram dari keluarga kerana tidak sempat untuk bersiap sedia bagi menyambut kepulangan anak-anak.

Balik Kampung Tak Bagitahu Mak, Wanita Ini Hanya Mampu Tadah Telinga Kena Bebel Dalam Bahasa Thai

Perkara itu berlaku pada seorang gadis, shkrh_mkhtr yang telah berkongsi menerusi sebuah video yang telah dimuat naik olehnya di laman TikTok.

Memandangkan dia mempunyai beberapa hari untuk bercuti, gadis itu telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung untuk meluangkan masa dengan keluarga. Kena Bebel Dalam Bahasa Thai

Walaupun begitu, perancangannya itu tidak diberitahu keluarga. Kerana ingin melakukan kejutan, dia terus melakukan perjalanan dan tiba di kampung.

Tiba sahaja secara mengejut pada malam hari, ibunya yang tidak menyangkanya pulang belum sempat untuk melakukan apa jua persiapan. Kena Bebel Dalam Bahasa Thai

Kerana tidak mahu anaknya lapar, dia juga hanya mampu menghidangkan nasi putih bersama semangkuk budu dan ulam. Sambil sedang makan, wanita itu hanya mampu menadahkan telinga bila dibebel ibunya dalam bahasa Thai gara-gara tidak beritahu ingin pulang.

https://www.tiktok.com/@shkrh_mkhtr/video/7169762267334987035?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@shkrh_mkhtr mama padankan muka kita wak 🥲😆 #kelantan #ad #thai ♬ original sound – m o y 🎈

Menjengah di ruangan komen, orang ramai pula lebih berminat dengan lauk yang dimakan wanita itu. Meskipun kelihatan ringkas tapi sedapnya tak terkata. Berbaloi la kena bebel pun.

Ramai lebih fokus pada lauk yang dimakan wanita itu Kena Bebel Dalam Bahasa Thai

Kesian kat gadis itu, dah lah seharian dalam perjalanan akhirnya kena bebel pula. Sabar sahajalah dik, lain kali kalau nak balik kena bagitahu mak nanti tak ada pula dia rungsing dan kalut untuk melakukan persiapan.

Kredit: shkrh_mkhtr

Baca Juga: Guna Alas Meja Untuk Lap Tangan Lepas Makan, Gelagat Kawan Wanita Ini Di Kenduri Buat Ramai Pening

 

tags: | | |