Kek sudah menjadi pencuci mulut yang digemari ramai. Terdapat macam-macam jenis yang boleh dicuba, semuanya sedap dan memberikan rasa yang unik.
Jika anda ingin sesuatu yang ringkas tapi tetap sedap, boleh lah cuba resepi kek kukus labu yang telah dikongsikan oleh Rahayu Musa di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Ternyata mudah sahaja, jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.
Resepi Kek Kukus Labu, Gerenti Lembut & Gebu Bila Dimakan. Satu Slice Tak Akan Puas!
Bahan kisar
- 1 cawan labu
- 1 cawan gula
- 1 cawan minyak masak
- 3 biji telur ayam
- Sedikit garam
Bahan lain
- 2 cawan tepung gandum – pastikan anda guna jenama ini
- 1 sudu kecil sodium bikarbonat
- 1 sudu kecil baking powder
Cara-caranya
- Kisarkan bahan kisar dengan pengisar sehingga gula hancur.
- Kemudian, sediakan bekas dan satukan tepung gandum, sodium bikarbonat dan baking powder.
- Seterusnya, ambil bahan yang telah dikisar tadi dan campur ke dalam tepung. Gaul menggunakan tangan sehingga semua bahan menjadi sebati dan tidak berketul.
- Sediakan pengukus, panaskan terlebih dahulu.
- Sambil itu, sapukan loyang dengan sedikit minyak.
- Tuangkan bancuhan kek tadi ke dalam loyang dan kukus adunan sehingga masak, sekurang-kurangnya selama 45 minit.
- Setelah kek masak, keluarkan kek dan sedia untuk dinikmati.
Siap sudah kek kukus labu ini. Nampak sangat lembut dan gebu, kan? Sekali gigit terus cair di mulut, memang harus dicuba.
Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua!
Kredit: Rahayu Musa
Baca Juga: Pencuci Mulut Paling Simple, Ini Resepi Agar-Agar Gula Merah Yang Boleh Dicuba. Makan Masa Sejuk Lagi Sedap!