Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Waldorf Salad Yang Femes Tahun 1890-an, Bukan Saja Sedap Tapi Sihat Juga Untuk Dimakan

Resepi Waldorf Salad Yang Femes Tahun 1890-an, Bukan Saja Sedap Tapi Sihat Juga Untuk Dimakan

Kategori: ,
Waldorf Salad

Mungkin ramai yang tidak mengenalinya tapi nama Waldorf Salad tidak asing suatu ketika dahulu. Salad ini merupakan campuran sos bersama pelbagai buah-buahan, protein dan kacang.

Salad ini sangat seimbang, jadi kalau anda berminat untuk mencubanya, di sini kami berkongsi resepi waldorf salad oleh Nur Ida Hashim di grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Resepi Waldorf Salad Yang Femes Tahun 1890-an, Bukan Saja Sedap Tapi Sihat Juga Untuk Dimakan

Bahan salad

  • 2 biji epal
  • 3 cawan anggur merah atau hijau (dipotong dadu, diperah sedikit lemon untuk elakkan lebam)
  • 1 cawan batang saderi (potong dadu)
  • 1 keping dada ayam (yang telah direbus atau digrill, kemudian potong dadu)
  • 1/2 cawan capsicum hijau dan merah
  • 1/4 cawan kacang walnut (panggang dan cincang kasar) – dapatkan di sini
  • 1/4 cawan cranberries atau raisins

Bahan sos salad

  • 4 sudu makan mayonaise
  • 1/8 cawan extra virgin olive oil
  • 1/8 cawan buttermilk
  • 1 sudu teh serbuk bawang putih atau 1 ulas bawang putih dicincang halus
  • 1 sudu teh lada hitam (dikisar kasar)
  • Jus dari separuh lemon
  • Garam
  • Gula Waldorf Salad

Cara-caranya

  1.  Sediakan dan campurkan bahan salad dalam mangkuk atau bekas.
  2. Kemudian dalam bekas yang lain, campurkan semua bahan sos dan gaul sehingga sebati.
  3. Selepas siap, tuangkan sos dan gaul dengan bahan salad sekurang-kurangnya 15 minit sebelum menghidangkan supaya kekal segar dan rangup buah-buahan.
  4. Siap sedia untuk dinikmati. Waldorf Salad

Siap sudah salad ini, kan? Salad ini sangat mengenyangkan, ada rasa masam manis masin, memang patut dimakan bagi anda yang juga ingin diet.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Nur Ida Hashim

Baca Juga: Nak Buat Lasagna? Wanita Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Menyediakannya, Boleh Guna Angel Hair Pasta

tags: | | |