Tak semua orang dikurniakan sebuah kehidupan yang senang. Malah, ramai di antara kita yang sedang bergelut dan terpaksa bekerja hingga lewat petang, termasuklah kanak-kanak.
Oleh itu, tak salah jika kita menghulurkan sedikit bantuan pada mereka yang sedang berada dalam kesusahan. Walaupun tak mampu memberi sumbangan dalam bentuk wang ringit, terdapat cara lain juga kita mampu membantu.
Contohnya boleh dilihat oleh tindakan ibu joshyeatsss yang tidak keberatan untuk menghulurkan bantuan pada seorang kanak-kanak yang penat bekerja demi mencari rezeki.
Bersiar-siar di sekitar TTDI, pasangan ibu dan anak tersebut terserempak dengan kanak-kanak itu yang sedang menjual aneka kuih.
Meskipun mereka ingin membeli jualannya, ibunya tidak mampu kerana alergik dan dia juga tidak mahu membazir kerana kurang menggemari kuih-muih.
Kasihan melihat kanak-kanak itu, ibunya memutuskan untuk membawanya ke restoran makanan segera KFC yang berhampiran untuk belanjannya makan.
Mengajak adik itu memilih makanan, ibunya nampak senang sahaja melayan dan belanjanya makan sedap.
Bila melihat tindakan ibunya, lelaki itu turut tersentuh hati. Tidak mampu membantu dan beli jualannya, ini sahaja cara yang mereka mampu untuk meringankan beban kanak-kanak itu.
Tambahnya pula, dia memohon bagi mereka yang berada di kawasan TTDI sekitar Burger King, Q Bistro dan Maxis untuk tampil membeli jualan kanak-kanak tersebut.
@joshyeatsss I don’t think the kid is really a street urchin since he sells snacks on the street for an honest living. Couldn’t buy any because mom is a allergic to most of them and I don’t snack much. Please help the kid if you can. You can find him around TTDI where Burger King/Q Bistro/Maxis is at. #kidness #kidnessisfree #klfoodie #fypシ #randomactsofkindness
@joshyeatsss I don’t think the kid is really a street urchin since he sells snacks on the street for an honest living. Couldn’t buy any because mom is a allergic to most of them and I don’t snack much. Please help the kid if you can. You can find him around TTDI where Burger King/Q Bistro/Maxis is at. #kidness #kidnessisfree #klfoodie #fypシ #randomactsofkindness ♬ Glimpse of Us – Joji
Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai turut terharu dengan tindakan ibu lelaki itu. Ramai yang hadir mendoakannya perkara yang baik-baik sahaja.
Dengan cara ini, adik itu tentu akan berasa senang hati bila dapat makan sedap. Ingat, walaupun kita tak mampu bersedekah dalam bentuk wang ringgit, ada cara lain kita dapat berbuat begitu.
Semoga kebaikkan yang ditunjukkan ibu lelaki ini menjadi contoh buat kita semua.
Kredit: joshyeatsss
Baca Juga: Lelaki Ini Pening Dapat Mi Goreng Melekat, Pusing Pinggan Pun Tak Jatuh Langsung!