Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Sup Labu Air Cara Terengganu, Sihat & Banyak Khasiatnya. Elok Juga Makan Selalu!

Resepi Sup Labu Air Cara Terengganu, Sihat & Banyak Khasiatnya. Elok Juga Makan Selalu!

Kategori: ,,
Sup Labu Air Cara Terengganu

Labu air merupakan sejenis sayuran yang begitu banyak khasiatnya. Kaya dengan vitamin A, B1, B2, B3 serta C, sayur ini juga rendah kalori. Walaupun banyak manfaatnya, ramai yang tak tahu cara untuk memasaknya.

Jangan risau, di sini kami ingin berkongsi resepi mudah iaitu sup labu air cara Terengganu oleh Daten Gweng di grup Masakan Terengganu. Ringkas sahaja, jom baca secara lebih lanjut untuk ketahui caranya.

Resepi Sup Labu Air Cara Terengganu, Sihat & Banyak Khasiatnya. Elok Juga Makan Selalu!

Bahan-bahan

  • Labu air (dipotong kecil)
  • 3 ekor ikan kembung atau selayang (direbus bersama sedikit garam dan satu keping asam keping
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu ikan bilis (ditumbuk)
  • Air secukupnya
  • Daun kesum
  • Garam Sup Labu Air Cara Terengganu

Cara-caranya

  1. Tumbukkan lada hitam, bawang merah, bawang putih dan ketepikan kesemuanya.
  2. Dalam periuk di atas dapur, tambahkan air dan panaskan.
  3. Letakkan bahan yang ditumbuk, labu air, daun kesum dan garam.
  4. Kemudian, letakkan ikan bilis.
  5. Rebus sehingga labu menjadi empuk.
  6. Tutup api dan sedia untuk dinikmati. Sup Labu Air Cara TerengganuSup Labu Air Cara Terengganu

Ringkas sahaja resepi ini, kan? Bagi anda yang mahu berjinak untuk cuba sayuran ini, mula lah dengan yang ini.

Selamat mencuba dan jangan lupa untuk kongsikan resepi ini pada semua.

Kredit: Daten Gweng

Baca Juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Roti Arab Yang Mudah Saja, Cicah Dengan Sambal Sardin Atau Kari Lagi Sedap

tags: | | |