Mencari rezeki bukannya satu hal yang mudah. Lebih-lebih lagi pada masa sekarang, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi semua peniaga.
Selain kos barangan yang semakin meningkat serta kuasa pembeli dah berkurangan, cuaca yang tidak menentu juga menyukarkan para peniaga untuk menjalankan perniagaan seperti biasa.
Tambahan sesetengah kawasan di Malaysia sedang bergelut dengan bencana banjir, ramai yang terkesan. Namun, ada juga segelintir peniaga yang tetap gigih demi mencari sesuap nasi.
Seperti mana yang telah dikongsikan oleh seorang peniaga, zieyazareiffzafran menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di laman TikTok.
Kebelakangan ini, hujan lebat tanpa henti telah menyebabkan segelintir kawasan dilanda banjir kilat. Oleh itu, orang ramai bergegas untuk berpindah randah sebelum paras air semakin teruk.
Ketika dalam kekalutan itu, lelaki tersebut masih lagi sempat membuka gerai satay yang diusahakannya di tepi kaki jalan.
@zieyazareiffzafran Moga kita semua sentiasa dalam lindunganNya #fypシ
♬ original sound – Zieya Zareiff Zafran – Zieya Zareiff Zafran
@zieyazareiffzafran Moga kita semua sentiasa dalam lindunganNya #fypシ ♬ original sound – Zieya Zareiff Zafran
Sewaktu menjual, arus banjir tiba-tiba menjadi deras namun perkara itu tidak merisaukannya. Malah ketika air sedang laju, dia masih lagi sempat menjamu nasi bungkus dan tenang menjual dalam keadaan itu. “Uish! Dia buat macam musim panas tu. Santai!”, ujar seorang pengguna.
Menjengah di ruangan komen pula, ramai yang kagum dengan sikap tenang peniaga tersebut mengharungi situasi tersebut. Tidak cuak untuk berpindah, malah dia sempat lagi menjual.
Tambahan, ada juga yang turut mendoakan agar rezeki yang diusahakannya dipermudahkan.
Kalau orang lain tentu sudah mula panik dan angkut barang jualan untuk berpindah. Maklum lah ketika berlakunya bencana itu, macam-macam risiko yang ada. Walaupun begitu, peniaga tersebut tetap gagah menghadapi cabarannya demi mencari sesuap nasi.
Harap segalanya dipermudahkan buat dirinya dan perniagaan, moga ada rezeki buatnya.
Kredit: zieyazareiffzafran