Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Ambil Banyak Makanan Tapi Tak Lalu Nak Habiskan, Gadis Ini Tengok Line Clear Dulu Baru..

Ambil Banyak Makanan Tapi Tak Lalu Nak Habiskan, Gadis Ini Tengok Line Clear Dulu Baru..

Kategori:
ambil banyak makanan

Restoran steamboat dan grill menjadi tumpuan orang ramai, terutamanya buat golongan muda untuk makan bersama kawan-kawan sambil berbual-bual.

Disajikan dengan konsep buffet di mana pelanggan boleh mengambil berapa banyak makanan dan minuman yang mereka suka, pembaziran bagaimanapun sering berlaku di situ.

Oleh itu, banyak restoran begitu mengenakan caj tambahan pada pelanggan yang tidak menghabiskan makanan mereka. Namun adakalanya pelanggan akan ‘terbabas’ dan memikirkan cara untuk menyorok kesalahan mereka.

Ambil Banyak Makanan Tapi Tak Lalu Nak Habiskan, Gadis Ini Tengok Line Clear Dulu Baru..

Perkara itu telah terjadi pada kawan sabbyculk dan dikongsikan menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di laman TikTok.

Menngunjungi sebuah restoran steamboat dan grill beramai-ramai untuk menikmati makanan sambil meluangkan masa bersama. Ketika di situ, tentunya mereka begitu rambang mata dengan pelbagai pilihan makanan yang ada dan mengambil begitu banyak.  ambil banyak makanan

Namun bila perut sudah kenyang, mereka pula menyesal bila melihat terdapat beberapa makanan yang belum lagi dihabiskan.

Tak berdaya untuk makan lagi tapi tak mahu dikenakan caj tambahan, kawannya memikirkan cara untuk melepaskan diri.

Melihat kiri dan kanan bagi memastikan tiada pekerja yang memerhati mereka, kawannya mengambil makanan yang tidak berjaya dihabiskan dan meletakkannya dalam plastik kecil dan kemudiannya diikat.  ambil banyak makanan

Seterusnya, dia laju sahaja menyimpan makanan yang disorok itu ke dalam beg tangannya.

@sabbyculk Mak kata tak elok membazir 😂 #dokki #fyp #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound – 🧾 – rizzjack

Meninjau di ruangan komen pula, orang ramai turut menyokong tindakan kawannya itu. Ujar seorang pengguna, “Elok apa tapau! Balik boleh makan lagi.”.

Manakala cerita seorang pengguna yang turut terkena pengalaman yang sama pula, “Abang aku lagi teruk! Dia letak dalam jug weh.”.

Ramai Netizen Turut Sokong Tindakan Kawannya  ambil banyak makanan

Siapa yang pernah buat begini? Mesti ramai, kan? Yalah, sekarang ini kena berjimat-cermat jadi kalau boleh nak elakkan mana-mana caj tambahan yang akan dikenakan.

Bagi anda yang selalu tak habiskan makanan, ikut sahaja cara ini.

Kredit: sabbyculk

Baca Juga: “Dah Pecah Memang Bad Mood!” – Usik Orang Makan Telur, Wanita Ini Komen Kawan Lagi Sayang Makanan Dari Dirinya

tags: | |