Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Awal Bulan Tak Mampu Beli Lauk, Cara Kawan-Kawan Ini Makan Nasi Buat Ramai Simpati

Awal Bulan Tak Mampu Beli Lauk, Cara Kawan-Kawan Ini Makan Nasi Buat Ramai Simpati

Kategori:
Awal Bulan

Tak semua dari kita dikurniakan dengan sebuah kehidupan yang senang dan serba cukup. Malah, terlalu ramai di luar sana yang terpaksa mengikat perut dan makan apa yang ada sahaja.

Pada awal bulan di mana gaji sudah diterima, ramai juga yang masih lagi tidak mampu untuk makan mewah dan terpaksa makan dalam keadaan serba sederhana.

Awal Bulan Tak Mampu Beli Lauk, Cara Kawan-Kawan Ini Makan Nasi Buat Ramai Simpati

Seperti mana pengalaman yang telah dikongsikan oleh lookingforsinar3 menerusi sebuah video yang telah dimuat naik olehnya di laman TikTok.

Meskipun baru sahaja berada pada awal bulan dan saki baki duit gaji masih ada, dia dan kawan-kawannya terpaksa berjimat-cermat dan makan ala kadar sahaja. Awal Bulan

Makan nasi kosong sebagai makan tengah hari, mereka tidak mampu untuk menyediakan lauk-pauk seperti telur, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya kerana tidak mempunyai barangan dapur mencukupi di dalam peti ais. Awal Bulan

Kerana itu, dia yang kasihan pada mereka semua memilih untuk memasak mi segera di dapur.

Boleh dimakan bersama nasi, mereka terpaksa lah mengaulkan mi bersama semata-mata untuk dijadikan lauk sebagai makan tengah hari.

@lookingforsinar3

xada lauk..dlm peti ais ksong …ujian Allah kne sabar..

♬ bunyi asal – aidawati – aidawati

@lookingforsinar3xada lauk..dlm peti ais ksong …ujian Allah kne sabar..

♬ bunyi asal – aidawati

Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan nasib mereka namun tetap bersyukur kerana walaupun serba kurang, mereka tetap dapat menikmati sedikit makanan.

“Takpe, asalkan kenyang!”, pujuk seorang pengguna.

Perit Makan Serba Kurang Tapi Asalkan Kenyang Awal Bulan

Sedih juga melihat nasib mereka, kan? Ketika orang lain sedang seronok makan secara mewah, ada juga yang serba kesempitan dan terpaksa mengikat perut.

Walau apapun, semoga rezeki mereka akan dipermudahkan.

Kredit: lookingforsinar3

Baca Juga: Pernah Dihina Miskin, Peniaga Nasi Lemak Ini Sebak Bila Ramai Bagi Sambutan & Habiskan Jualan

tags: | |