Biasanya, ayam goreng yang biasa kita goreng hanya dicampur dan diperap dengan kunyit dan garam. Ia adalah perapan yang biasa dilakukan dengan kaedah cepat. Tapi, kalau korang dah bosan dengan rasa biasa ayam goreng, korang bolehlah campur 3 bahan ni tau.
Hasilnya, ayam goreng korang memang akan ranngup. Tak perlu bancuh tepung pun. Caranya selain kaedah mudah garam dan kunyit, tambah sedikit dengan tiga bahan ini iaitu serbuk cili, serbuk kari dan bawang putih.
Rasanya akan jadi lebih sedap kerana bahan tambahan tadi akan meresap sampai ke dalam isi ayam. Confirm lepas cuba, kita akan tukar cara buat rasa ayam goreng luar biasa ikut style daripada perkongsian Nurul Ateekah ini.
Campur 3 Bahan Ini, Rasa Ayam Goreng Biasa Jadi Rasa Luar Biasa. Kena Cuba Sebab Memang Sedap Rangup Tak Terhingga!
Bahan-Bahan
- 1 sudu besar serbuk cili
- 1 sudu keccil serbuk kunyit
- 1 sudu besar serbuk kari ikan
- serbuk perasa 1 sudu kecil
- garam 1/2 sudu kecil
- bawang putih 2 ulas ditumbuk halus
Cara Penyediaan:
- Perapkan ayam dengan bahan di atas dalam 30 minit kemudian goreng.
- Saya guna bahagian kepak ayam dan campuran bahan yang diperap tadi akan serap sampai isi. Bila goreng, hasilnya jadi garing di luar, juicy di dalam.
- Saya jamin siapa yang cuba ayam goreng cara ni mesti akan rajin goreng ayam!
- Selamat mencuba.
Siap sudah resepi rasa ayam goreng biasa jadi luar biasa ni. Memang sedap tau! Korang kena cuba sendiri di rumah. Semoga perkongsian ini bermanfaat, selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Nurul Ateekah
Baca juga: Resepi Blueberry Cheese Bun, Tekstur Lembut Di Luar Dan Cair Di Dalam