Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Suami Penat Balik Kerja Minta Masak Kambing, Wanita Ini Sempat Lagi Buat Prank. Tak Sangka Pula..

Suami Penat Balik Kerja Minta Masak Kambing, Wanita Ini Sempat Lagi Buat Prank. Tak Sangka Pula..

Kategori:
Minta Masak Kambing

Sudah menjadi satu kewajipan buat para suami untuk bekerja demi mencari nafkah bagi menyara keluarga. Lebih-lebih lagi di zaman sekarang di mana kos hidup semakin meningkat, mereka akan bekerja lebih masa bagi memastikan semuanya mencukupi.

Namun setelah seharian bekerja, tentu mereka akan kepenatan dan teringin untuk merasai masakan isteri.

Jadi, apa salahnya si isteri melayan permintaan suami? Tapi sekali-sekala tentu terasa ingin mengusik satu sama lain setelah sepanjang hari tidak bertemu.

Suami Penat Balik Kerja Minta Masak Kambing, Wanita Ini Sempat Lagi Buat Prank. Tak Sangka Pula..

Seperti yang dilakukan oleh seorang wanita, njulianaahmad dan telah dikongsikannya menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di laman TikTok.

Ceritanya, dia telah diminta oleh si suami untuk menyediakan sepinggan kambing grill untuknya meratah selepas penat pulang dari kerja seharian. Minta Masak Kambing

Tapi niat ingin mengusik suaminya, wanita itu hanya menyediakan sedikit sahaja portion untuk dimakan. Terkejut apabila melihat makanan itu, suaminya hingga terdiam seketika. Minta Masak Kambing Minta Masak Kambing

Bersedia untuk menadah telinga kerana menyangka dirinya akan teruk dibebel, dia pula yang ternganga apabila suaminya terus menghabiskan makanan itu dalam satu suapan sambil melayan drama bertajuk Rindu Kasih di kaca handphone.

@njulianaahmad

Letih balik kerja, lapar nak makan, bini pulak main2 . 😂

♬ Kini Ecko Pergi Meninggalkanku – Ecko Show

@njulianaahmadLetih balik kerja, lapar nak makan, bini pulak main2 . 😂♬ Kini Ecko Pergi Meninggalkanku – Ecko Show

Sekali-sekala jika si isteri ingin bergurau dengan suami pun tak salah? Kalau makin diusik tentu makin sayang. Niat pun hanya untuk bermanja dan bergurau setelah si suami penat bekerja.

Mula-mula buat prank dahulu tapi nanti pandai lah isteri memujuknya dengan memasak hidangan yang diminta suami sedap-sedap, kan?

Kredit: njulianaahmad

Baca Juga: Makan 3 Bakul Otak-Otak Hingga Habis Licin, Wanita Ini Ingat Restoran Bagi Free Rupanya..

tags: | |