Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Wanita Ini Kongsi 6 Tips Ramai Perlu Tahu Supaya Sambal Tempe Rangup & Tahan Lama, Serta Resepi Special Dari Ibunya

Wanita Ini Kongsi 6 Tips Ramai Perlu Tahu Supaya Sambal Tempe Rangup & Tahan Lama, Serta Resepi Special Dari Ibunya

Kategori: ,,,
tempe rangup

Sambal tempe begitu digemari ramai kerana tekstur tempe yang rangup bersama rasa sambal yang pedas, manis dan masin menjadi satu kombinasi yang begitu meletup.

Tapi tak ramai yang tahu cara untuk menyediakan sambal tempe yang menjadi. Ini kerana terdapat beberapa hal penting yang mereka mungkin ‘terlepas’, akhirnya merosakkan rasa hidangan itu.

Jangan risau, Ira Yussof II telah berkongsi beberapa tips penting yang ramai perlu tahu supaya menghasilkan sambal tempe rangup dan tahan lebih lama. Tak cukup itu, ada juga diselit resepi istimewa. Teruskan membaca untuk ketahuinya!

Enam Tips Ramai Perlu Tahu Supaya Sambal Tempe Rangup Dan Tahan Lama

1. Guna Cili Kisar tempe rangup

Kesilapan yang ramai lakukan adalah mengisar cili kering bersama air yang sedikit. Contoh terbaik adalah menggunakan cili kering secara separuh jug blender itu kemudian meletakkan air yang lebih sedikit.

Dengan cara itu, baru lah cili kering hancur betul-betul dan senang untuk blender pusing.

Pastikan juga cili kering yang digunakan jenis yang pedas. Nak campur pun boleh tapi pastikan lebihkan jenis cili kering pedas.

2. Goreng Asing Semuanya tempe rangup

Tempe mentah, kacang dan ikan bilis perlu digoreng dahulu dan secara berasingan. Goreng tempe hingga garing, kemudian kacang tanah dan akhirnya ikan bilis. Ketepikan.

Ketika sambal dah hampir siap nanti, panas-panas kita gaul semua sekaligus. Baru lah rangup setiap elemen sambal tempe kita.

3. Kisar, Jangan Tumbuk

Bagi bawang-bawang yang digunakan, jangan ditumbuk. Sebaliknya dikisar sehingga halus dan pastikan gunakan bawang putih dan bawang holland sahaja.

4. Gula tempe rangup

Gula yang hanya digunakan buat sambal tempe ini hanya lah guna putih. Jangan lakukan eksperimen dan menggantikannya dengan yang lain.

5. Elakkan Segala Jenis Sos

Nak buat tempe jangan sesekali gunakan sos. Ia boleh merosakkan rasa asli sambal dan membuat tempe menjadi lembap serta cepat lemau.

6. Potong Tempe Nipis-Nipis tempe rangup

Tembe tidak menjadi jika dipotong tebalk. Potong senipis yang mampu, boleh gunakan pisau cutter. Nak sagat pun boleh tapi takut hancur pula tempe itu nanti.

Resepi Sambal Tempe Rangup Istimewa Dari Ibu

Bahan-bahan

  • 3 hingga 5 bungkus tempe (potong nipis-nipis)
  • 200 kg kacang tanah
  • 200 kg ikan bilis
  • 1 senduk bawang putih (dikisar)
  • 1 senduk bawang holland (dikisar)
  • 3 senduk cili kering (dikisar)
  • 1 senduk minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya

  1. Goreng tempe, kacang tanah, ikan bilis sehingga rangup dan secara berasingan. Ketepikan dan sejukkan.
  2. Guna api yang kecil, panaskan minyak dan masukkan bawang dan cili kering yang telah dikisar. Tumis sehingga bertukar warna.
  3. Tambahkan gula, masak sehingga betul-betul pekat dan likat. Api mesti sentiasa kecil.
  4. Dah pekat, masukkan garam secukup rasa.
  5. Akhirnya letakkan bahan yang digoreng tadi dan gaul rata bersama sambal. Tutup api, siap dan sedia untuk dinikmati. tempe rangup

Memang kalau anda ikut tips yang dikongsikan ini, sambal tempe anda akan menjadi. Jadi, jangan skip mana-mana langkah tau!

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda.

Kredit: Ira Yussof II

Baca Juga:  Ini Cara Betul Buat Kacang Kuda Lembut & Sedap. Gerenti Tambah Sampai Berbalang-Balang, Kena Cuba Buat!

 

tags: | | |