Hello semua, adakah anda merupakan pelajar universiti? Siapa je kan yang tak tahu kalau insan yang bergelar pelajar universiti sememangnya akan kekurangan bajet dari segi kewangan. Jadi, pada hari ini saya nak kongsikan bersama anda semua tentang membeli makanan murah supaya anda tidak perlu ikat perut lagi serta turut menjaga kesihatan. Jangan bimbang, anda sendiri mesti melatih perut untuk kurangkan makan dan tak mudah terikut nafsu makan itu. Tunggu apa lagi? Jom baca sekarang!
Kalau kita tengok pada bahagian rak di kedai runcit, ada pelbagai pilihan jenis jenama roti seperti Gardenia dan Massimo yang dijual. Dengan harga yang sangat berpatutan, sebungkus besar roti tidak sampai RM3. Anda boleh buat sandwich, makan bersama air milo atau ada juga taburkan serbuk milo ke atas roti, makan dengan susu dan amcam-macam lagi cara yang anda suka. Kandungan karbohidrat, fiber dan nutrien lain yang terdapat di dalam roti dapat membekalkan tenaga kepada tubuh badan kita. Kandungan nutrien yang tinggi dalam roti cukup untuk mengenyangkan kita. Barulah jimat sikit perbelanjaan seharian kita.
Menu roti canai merupaka salah satu pilihan utama di kedai mamak kalau anda nak berjimat. Tanpa kita sedar, terdapat banyak kedai mamak yang menawarkan harga RM1 bagi satu keping roti canai kosong. Oleh itu, anda boleh makan roti canai ini sebagai alas perut kerana harganya sangat murah dan berbaloi serta pastinya mengenyangkan perut anda. Tetapi sekali sekala kalau ada duit lebih nak makan roti telur ke, roti sardin ke, boleh lah. Baru tak jemu kan. Kalau anda nak bagi lagi sedap, anda boleh minta mamak yang buat roti ni potong siap-siap dan bagi kuah banjir. Lagi best dan pastinya menjilat jari.
Jika anda takut kena bayar mahal kalau ambil nasi yang berlauk, nasi lemaklah satu pilihan yang terbaik untuk anda semua yang ingn berjimat, tapi mengenyangkan tau. Namun, ramai peniaga hanya berkemungkinan besar meletakkan harga RM2 hingga RM5 untuk sebungkus nasi lemak sahaja. Kalau 2 ringgit hanya telur dengan sambal, tapi kalau ayam mungkin dalam 5 ringgit. Terdapat juga sesetengah kawasan yang menjual makanan dengan murah. Pada kebiasaannya, anda hanya perlu membelanjakan RM2.50 untuk satu bungkus nasi lemak di kedai mamak. Nasi lemak ini mengandungi ikan bilis, telur rebus, kacang dan juga timun. Harganya sangatlah berbaloi untuk sebungkus nasi lemak yang cukup bagi mengenyangkan perut anda. Justeru, selain kedai mamak, nasi lemak juga selalu dijual di gerai yang berada tepi jalan dan harganya sangat berpatutan dan berbaloi.
Seterusnya, telur ini sememangnya menjadi pilihan utama untuk menjimatkan kos perbelanjaan bagi insan yang bergelar pelajar. Anda boleh masak telur separuh masak untuk sarapan pagi sebelum ke kelas kerana untuk memasaknya tidak memakan masa yang lama. Tambahan juga telur mempunyai banyak khasiat yang sangat baik untuk badan kita. Dengan memakan 2 biji telur separuh masak, bukan sahaja badan anda memperolehi nutrisi yang baik, malah mengenyangkan anda.
Kemudian,ianya akan lebih baik jika tempat tinggal anda ada peti ais kerana anda boleh beli kubis dan mayonis untuk buat coleslaw. Cara untuk hidangkan juga sangat senang. Cincangkan kubis kecil-kecil kemudian gaulkan bersama mayonis hingga sekata. Apabila ianya sudah sekata, anda bolehlah menikmati coleslaw homemade anda hasil tangan sendiri. Namun, jika anda nak lagi best, anda boleh makan coleslaw bersama roti atau bersama burger. Pastinya sangat mengenyangkan dan berkhasiat.
Biskut merupakan salah satu pilihan untuk dijadikan sebagai stok makanan di bilik. Sekarang ini juga terdapat banyak pilihan biskut yang sedap dan menjimat terdapat di pasaraya. Daripada makan makanan ringan lain yang kurang berkhasiat, lebih baik makan biskut yang sememangnya mempunyai nutrisi yang baik untuk badan. Biskut juga sangat sesuai dimakan bersama air milo atau apa-apa minuman yang anda suka bahkan makan begitu saja pun sedap juga.
Satu tin sardin juga mengandungi 3 hingga 4 ketul ikan sardin sahaja. Ini sudah cukup untuk kita makan 2 hingga kali 3. Sekiranya sardin tersebut mempunyai lebihan, anda boleh makan bersama roti, roti canai dan ada juga yang makan bersama maggi. Untuk menambahkan lagi rasa dalam masakan ikan sardin anda, anda boleh tumis terlebih dahulu ikan sardin tersebut menggunakan bawang putih dan sedikit cili.
Kalau anda seorang pelajar tetapi tidak kenal makanan ini, anda sememangnya terlepas satu peluang untuk menikmati kehidupan sebagai pelajar. Ini merupakan salah satu makanan legend bagi pelajar tau. Makanan ini sangat menjimatkan dan sudah cukup untuk mengenyangkan kita. Apa oran cakap, makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.
Jangan terlalu mengikut nafsu makan dan juga mereka yang merupakan anak orang kaya. Belajarlah untuk mengukur baju dibadan sendiri. InsyaAllah kesusahan kita hari ini akan berbaloi dengan kesenangan hari esok. Itu sahajalah perkongsian saya pada hari ini, semoga bermanfaat untuk anda!