Nasi Kerabu merupakan satu hidangan yang sangat tersohor di negeri Kelantan. Ia juga menjadi sarapan pagi yang sangat mengenyangkan.
Nasi yang selalunya berwarna biru itu akan dihidangkan bersama ulam, keropok, budu, ayam goreng dan lain-lain. Jika tersalah satu daripada elemen hidangan itu, tentu boleh mengamuk rakyat Kelantan jadinya!
Perkara itu telah dilakukan oleh kawan muzakirxx dan dikongsikan menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di laman TikTok.
Berada di sebuah kafeteria, mereka berdua memilih makanan untuk dijadikan sarapan pagi.
Menjenguk pada pinggan kawannya, lelaki itu terkejut apabila melihat lelaki itu berselera menikmati nasi kerabu dengan sebatang hot dog.
Tak boleh menerima caranya menikmati hidangan Pantai Timur itu, dia terus mengecamnya, “Ayam goreng kan ada, ikan pun ada. Tau tak makan macam ni salah di Kelantan?!”.
Tak tahan dikritik, kawannya cuba menjelaskan bahawa dia tidak mahu makan ayam atau ikan goreng untuk sarapan pagi.
Namun, alasan tersebut tetap tidak diterima dan lelaki itu menyeru rakyat Kelantan dan pihak bertanggungjawab untuk segera hadir dan memberkas kawannya.
@muzakirxx jenayah nasi kerabu
@muzakirxxjenayah nasi kerabu♬ original sound – Muzakir Xynll
Menjengah di ruangan komen, orang ramai tiba dan juga tidak berpuas hati dengan cara kawannya. Selain kesalahan yang dipaparkan, dia juga menggunakan sudu di mana mereka tidak boleh terima kerana secara umumnya, Nasi Kerabu lebih dinikmati dengan menggunakan tangan.
Tentunya ramai juga rakyat Kelantan yang agak tersentap bila melihat cara kawan lelaki ini makan nasi kerabu, kan? Belum pernah lagi jumpa ada orang lagi suka makannya bersama hot dog!
Namun lain orang lain citarasa jadi jangan lah mengencamnya hanya kerana cara mereka berbeza dari yang biasa. Asal kena dengan selera tuan punya badan pun dah tak mengapa.
Kredit: muzakirxx
Baca Juga: Gara-Gara Lupa Beli Kari Di Kedai, Wanita Ini Sanggup Hadap Jalan Jem Dari Kena Bebel