Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kau Kentut Ke?” – Pertama Kali Cium Bau Durian, Ramai Terhibur Lihat Reaksi Lelaki Jepun Ini

“Kau Kentut Ke?” – Pertama Kali Cium Bau Durian, Ramai Terhibur Lihat Reaksi Lelaki Jepun Ini

Kategori:
Cium Bau Durian

Selain luarannya yang tajam, Durian mendapat gelaran Raja Buahan kerana mempunyai bau yang sangat kuat dan menyengat hidung.

Bagi mereka yang belum biasa atau melihat Durian, tentu akan tertarik dengan rupa buah itu tapi gerun selepas tercium baunnya yang boleh memeningkan kepala.

“Kau Kentut Ke?” – Pertama Kali Cium Bau Durian, Ramai Terhibur Lihat Reaksi Lelaki Jepun Ini

Kejadian sebegitu telah dikongsikan oleh sebuah akaun, jepunmudah melalui sebuah video yang telah dimuat naik di laman TikTok.

Berada di Jepun, pemilik akaun itu pergi mencari barangan dapur di sebuah pasaraya bersama kawannya yang merupakan seorang rakyat tempatan. Cium Bau Durian

Terjumpa sebiji buah durian yang telah dipotong, dia teruja dan membawanya kepada kawannya yang belum lagi melihat atau merasanya kerana ia sangat sukar ditemui di negara tersebut.

Saja ingin bergurau, dia meminta kawannya mencium bau buah itu. Selepas berbuat begitu, wajahnya terus berubah kerana bau yang begitu kuat. Cium Bau Durian

Terdiam, lelaki Jepun itu hanya menggelengkan kepala bila ditanya mengenai bau wangi buah tersebut.

“Busuk gila doh!”, akhirnya jawabnya dalam bahasa Jepun. Melihat reaksi kawannya, tentu lelaki itu juga tersenyum dan cuba menahan diri dari tergelak di tempat awam.

@jepunmudah Kecam dia guys 🤣🤣 muka tak tahan tuu #japanvlog #japanese #durian #hantudurian #fyp ♬ Funny Comedy Background Music 1 min – CircleNoteMusic

Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai pula yang terkejut dengan reaksi lelaki Jepun itu.

Tambah mereka, jika rakyat Jepun mampu mengambil Nato (makanan tradisional Jepun yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan) sebagai makanan harian, maka tentu bau Durian kawannya mampu hadapi. Tapi ini pula sebaliknya.

Selain itu, ada juga yang meminta lelaki itu memaksa kawannya makan buah tersebut untuk melihat reaksinya.

Nato Boleh Tapi Lepas Cium Bau Durian Terus Tarik Muka? Cium Bau Durian

Ramai Juga Minta Lelaki Itu Paksa Kawannya Makan Buah Itu Cium Bau Durian

Bau buah durian ini bukan untuk semua. Ada yang suka menghidunya, ada pula sebaliknya. Tentunya bagi mereka yang belum terbiasa dengannya akan pening kepala jika terbaunya.

Kredit: jepunmudah

Baca Juga: Makan Nasi Kerabu Hot Dog, Lelaki Ini Seru Rakyat Kelantan Untuk Tangkap Kawannya

tags: | | |