Siapa yang tidak kenal dengan subway. Pelbagai makanan dan resepi yang menarik terdapat di sana. Jom kita ikuti perjalanan sejarah ringkas Subway dan bagaimana cara untuk memesan makanan di Subway sebenarnya.
SEJARAH RINGKAS SUBWAY
Subway merupakan francais makanan segera dari Amerika yang paling banyak di dunia, dengan anggaran 45 000 buah restoran di hampir 100 negara. Diceritakan bahawa pada tahun 1965, pengasas Subway, Fred DeLuca telah meminjam lebih kurang USD $1 000 daripada kawannya Peter Buck untuk memulakan “Pete’s Super Submarines”, sebuah kedai menjual sandwich.
“Hi, welcome to Subway!”
Itu antara kata-kata yang akan diucapkan oleh pekerja Subway apabila anda masuk ke dalam kedai mereka. Ia merupakan sebahagian dari Standard Operating Procedure Subway yang perlu pekerja Subway ikuti.
Subway, tidak seperti rangkaian makanan segera lain seperti McDonald atau KFC, kita sebagai pengguna akan terlibat secara terus dengan penyediaan makanan kita sendiri, dari proses pemilihan roti, menu, sayur sehinggalah ke air minuman.
Kebanyakan penduduk di Malaysia yang singgah ke Subway selalunya ingin mengelakan makanan segera yang biasa kita jumpa. Sebagai contoh seperti Burger, ayam goreng dan pizza, selalunya itu adalah pilihan utama kita.
Justeru rangkaian makanan segera berasaskan sandwich ini boleh dilihat sebagai satu alternetif baru yang lebih sihat dalam kalangan makanan segera yang lain. Ini juga pilihan utama bagi orang yang nak berdiet, kerana Subway menyediakan Salad sebagai ganti kepada roti sandwich.
CARA UNTUK MEMESAN MENU DI SUBWAY:
1. Langkah pertama anda boleh memilih jenis makanan mana yang anda mahu. Terdapat 4 jenis pilihan iaitu Footlong, 6-inch, Salad dan Wrap.
2. Kemudian anda dikehendaki untuk memilih jenis roti. Terdapat 6 jenis roti iaitu Hearty Italian, Wheat, Honey oat, Italian, Parmesan oregano dan Wrap.
3. Dan sementara roti anda dibakar, anda boleh memilih inti. Terdapat 4 jenis menu iaitu Classic, Favorites, signature dan breakfast
Berikut merupakan perincian mengenai initi yang terdapat di Subway:
CLASSIC
- Seafood Sensation – Subway Seafood Sensation ni ada rasa ketam sedikit. Kalau anda pernah rasa ketam yang cucuk-cucuk tu, ha dah hampirlah tu rasa ketam tu dengan rasa Seafood Sensation ni.
- Steak and Cheese – Steak and cheese ni ada rasa daging cincang yang diperap sekali dengan bahan perapan dia, jadi rasa dia ada macam pekat sikit. Ditambah dengan salt dan pepper, fuhhh sedap.
- Chicken Teriyaki – Sandwich ni mungkin sesuai untuk orang yang minat makanan Jepun. Teriyaki ini adalah dari daging ayam dan ada rasa manis, maka kalau anda mahu mencuba makan teriyaki ini, boleh mintak tambahan sos Sweet Onion nanti.
- Meatball Marinara – Meatball Marinara ni daging meatball dia biasa je rasa dia, tapi sos marinara dia sedap kalau makan waktu panas-panas. Sos marinara ala-ala kuah spaghetti tu, kalau nak mintak lebih sikit, boleh try mintak dekat sandwich artist yang prepare meal korang. Cuma satu lah. Kalau order sandwich ni, payah sikit nak masuk mulut sebab bebola daging dia sebiji-sebiji.
- Spicy Italian – Spicy Italian, seperti namanya, ada rasa pedas dan masin sedikit. Anda juga akan dapat 8 keping daging lembu pepperoni dan salami. Nak tambah rasa dia, saya suggestkan sos yang pedas-pedas macam chipotle southwest, sos BBQ dan sos cili.
- Veggie Delite – Menu untuk vegetarian. Simply roti kosong tanpa isi daging (cuma ada sayur), khusus untuk mereka yang tak makan daging atau sedang diet.
FAVORITES
- Tuna – Ini adalah makna kepada perkataan makanan lemak berkrim. Tuna Subway ini selalunya ada dalam keadaan yang agak creamy, dan jika anda tidak biasa makan tuna, ada kemungkinan besar anda akan rasa muak ketika makan Tuna ini. Tapi kalau anda suka rasa dia, Tuna. Tips makan Tuna ni, jangan mintak Mayonnis banyak sangat.
- Chicken Slice – Jika di KFC terdapat ayam goreng, manakala di McD terdapat Big Mac. Tetapi di Subway sebagai satu signature dish untuk francais mereka, Chicken Slice ni adalah signature dish.
- Turkey Breast – Ini merupakan satu hidangan iaitu daging ayam belanda. Untuk Turkey Breast, rasa dia selalunya masin sikit dan lain sikit dari chicken slice. Beza paling ketara dia dekat kalori rasanya, sebab ayam belanda ni lagi sikit kalori dari ayam biasa.
- Turkey Breast and Chicken Slice – Jadi jika anda tidak tahu mahu memilih menu yang mana satu, campur sahaja dan pilihlah turkey breast and chicken slice. Ada rasa ayam belanda beserta ayam sebenar.
- Roast Beef – Ini menu untuk penggemar daging. Untuk menu ini, anda akan dapat hirisan daging, lebih kurang sama dengan hirisan chicken slice. Sos yang recommend adalah BBQ , chilli, ketchup mayonnaise dan honey mustard (kalau nak rasa manis).
- Chicken Tandoori – Chicken Tandoori ni ada rasa mcm Tandoori biasa, masam dan berempah sikit.
- Roasted Chicken – Rasa dia macam nugget. Roasted chicken mempunyai rasa nugget versi besar yang anda boleh selitkan masuk ke dalam seketul sandwich.
- BBQ chicken – Menu baru dari Subway ini bermula dari tahun lepas, BBQ chicken ini mempunyai rasa sos BBQ (obviously).
SIGNATURE
Terdapat tiga menu signature dekat Subway, iaitu Subway Club, Subway Melt dan Italian BMT. Ketiga-tiga menu ni mahal sikit, sebab daging dia bercampur. Daging yang dicampur selalunya adalah daging ayam, daging lembu dan daging ayam belanda.
- Italian BMT – Italian BMT merupakan adik beradik kepada Spicy Italian. Dalam sandwich ini ada gabungan salami, pepperoni dan chicken slice. Rasa dia ada pedas masin sikit.
- Subway Club – Gabungan antara chicken slice, roast beef dengan turkey breast, rasanya ada campur-campur sedikit.
- Subway Melt – Gabungan antara chicken slice, turkey breast dan juga beef strip. Untuk menu ni, kau akan dapat rasa turkey breast chicken slice yang biasa, ditambah dengan rasa beef strip dia. Jangan risau, jika di luar negara Subway menggunakan bacon, tetapi untuk penggunaan di Malaysia Subway menggunakan daging lembu sahaja untuk menjaga taraf halal mereka.
BREAKFAST
Kalau anda rasa macam subway ni mahal, dan bajet kau bawah RM 10, digalakkan anda mencuba menu breakfast subway. Menu breakfast Subway bermula dari pukul 8 sehingga pukul 11 pagi, jadi anda cuma diberi masa dalam 3 jam untuk makan. Harga menu breakfast pun murah, dalam anggaran RM 7 ke RM 8 sahaja untuk 6 inch. Anda juga boleh pilih untuk tambah coffee dengan kadar RM 1 sahaja.
- Egg and Cheese – Menu sandwich telur yang dicampur dengan sayur. Jika anda jenis vegetarian yang boleh makan telur, boleh lah mencuba sandwich ini.
- Chicken Slice, Egg and Cheese – Terdapat chicken slice dan juga telur di dalam sandwich ni.
- Beef Strip, Egg and Cheese – Sandwich ni ada daging dan telur.
- Tuna, Egg and Cheese – Apabila anda makan sekali dengan telur, lemak dia tu macam masuk dengan telur tu.
4. Kemudian pilih jenis sayur yang anda mahu.
5. Selepas itu, anda perlu memilih jenis sos.
6. Akhir sekali, anda perlu memilih air atau pun biskut. Jika memilih air anda hanya perlu menambah hanya RM 1 sahaja. Jimat bukan.
Selesai. Nikmati hidangan anda!!
Sumber: thepatriots.asia & eyzamiel.com
Baca juga : Bekas Pekerja Subway Kongsi ‘Tips’ Order Subway Supaya Sandwich Anda Jadi Lebih Sedap Dan Padu!