Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Suka Bayar Cara Cashless, Lelaki Ini Cuak Bila Sistem Buat Hal & Tak Bawa Duit Ke Kedai Makan

Suka Bayar Cara Cashless, Lelaki Ini Cuak Bila Sistem Buat Hal & Tak Bawa Duit Ke Kedai Makan

Kategori:
Suka Bayar Cara Cashless

Zaman sekarang, teknologi semakin berkembang maju dalam semua sektor. Untuk memudahkan para pengguna, pembayaran tanpa tunai turut diperkenalkan dan hanya perlu membayar secara atas talian.

Semakin lama, restoran turut menggunakan kaedah pembayaran itu dan ramai juga yang lebih memilihnya kerana tidak perlu membawa wang dalam dompet.

Namun, kita selalu dinasihatkan untuk membawa wang yang lebih kerana hal yang tidak diduga boleh berlaku pada bila-bila masa.

Suka Bayar Cara Cashless, Lelaki Ini Cuak Bila Sistem Buat Hal & Tak Bawa Duit Ke Kedai Makan

Seperti mana nasib malang yang menimpa seorang lelaki, aiqalimran dan dikongsikan untuk dijadikan satu pengajaran buat kita semua.

Kisahnya, lelaki itu dan kawan-kawannya keluar makan roti canai dan tosai di sebuah restoran mamak sambil lepak bersama. Suka Bayar Cara Cashless

Selesai sahaja meluangkan waktu, mereka bersiap sedia untuk pulang dan mahu melakukan pembayaran menggunakan cara pembayaran tanpa tunai.

Walaupun begitu, mereka mula risau bila sistem mengalami sedikit gangguan dan tidak dapat melakukan bayaran menggunakan kaedah itu. Suka Bayar Cara Cashless

Masing-masing periksa dalam dompet dan tidak mempunyai duit yang cukup, mereka sibuk mengira saki baki duit syiling yang ada tapi masih lagi tidak mampu untuk menampung kos makanan dan minuman yang telah dipesan.

Risau, mereka kelihatan seperti terpaksa berada di dapur dan melakukan kerja mencuci pinggan mangkuk di restoran itu.

@aiqalimran

ada rm3 ja ni tu pun duit syiling haa gatai lagi order thosai 😑

♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

@aiqalimranada rm3 ja ni tu pun duit syiling haa gatai lagi order thosai 😑♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

Di ruangan komen video yang telah dikongsikan di laman TikTok pula, seorang pengguna tampil memberi solusi pada masalah mereka.

“Seorang stay, seorang lagi pergi la keluarkan duit kat mana-mana ATM.”, jelasnya pada mereka yang sedang kalut menggira duit.

Manakala seorang lagi pula tampil menjelaskan situasi sama yang pernah terjadi pada dirinya yang turut membayar secara begitu.

“Sebagai seorang pengguna cashless transaction dan DuitNow, memang geram je rasa. Kena pulak kedai atau gerai tiada QR kod tu.”, ceritanya.

Bantu Selesaikan Masalah Itu, Ada Juga Netizen Yang Alami Perkara Sama Suka Bayar Cara Cashless

Memang mula cuak lah bila perkara ini terjadi pada diri sendiri. Tapi harap restoran itu terima pembayaran melalui transfer atau seperti yang dicadangkan, seorang dari mereka boleh ke ATM terdekat untuk mengeluarkan wang.

Kredit: aiqalimran

Baca Juga: Makan Tak Ada Udang, Lelaki Ini Kecewa Bila Isi Maggi Tomyam Tak Sama Dengan Gambar

tags: | | |