Mencari pekerja bukannya satu hal yang mudah, terutamanya di dalam industri makanan dan minuman (F&B). Ini kerana industri tersebut memerlukan banyak tenaga dan masa dan tak ramai yang kuat menghadapinya.
Perkara ini memaksa ramai peniaga memikul pelbagai tanggungjawab seorang diri dan kadang-kadang tak cukup tangan untuk menguruskan kesemuanya.
Melihat peniaga dalam keadaan huru-hara menyediakan kesemuanya, tentu akan ada segelintir yang bersimpati.
Seperti mana yang telah disaksikan oleh seorang pengguna TikTok, Duta yang merakam kesibukan sebuah gerai.
Keluar mencari makanan di siang hari, lelaki itu berhenti untuk membeli dari sebuah gerai yang kelihatan sibuk dengan begitu ramai pelanggan datang untuk membeli.
Namun kerana peniaga itu hanya bekerja seorang diri dan tiada pembantu, dia terpaksa melakukan segala kerja seorang diri.
Kesian melihatnya sibuk menguruskan kesemuanya, seorang anggota polis beruniform tiba dan bantunya membungkus lauk di dalam plastik sambil peniaga itu menyiapkan pesanan yang lain.
Melihat anggota itu ringan tulang dan sedia untuk membantu, lelaki itu juga berasa sangat kagum.
@duta_duta_duta #fyp ♬ original sound – Duta
Di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan, orang ramai turut meluahkan rasa kagum dan terima kasih pada anggota polis itu yang telah membantu peniaga yang sibuk itu.
“Mungkin abang PDRM dulu pernah meniaga juga sebelum dapat kerja yang sekarang.”, jelas seorang pengguna.
Manakala komen seorang lagi pula, “Kita mudahkan orang lain, orang akan mudahkan kita nanti.”.
Bagusnya polis itu tidak keberatan untuk membantu peniaga itu. Walaupun mungkin sedang sibuk dengan tugasnya yang lain tapi dia tetap meluangkan sedikit masa untuk membantunya.
Kredit: Duta
Baca Juga: Suka Bayar Cara Cashless, Lelaki Ini Cuak Bila Sistem Buat Hal & Tak Bawa Duit Ke Kedai Makan