Nasi Lemak bukannya mudah dan murah untuk disediakan. Ia merupakan satu proses yang memenatkan dan memerlukan banyak bahan, oleh itu tak heran mengapa ada yang menjualnya lebih daripada RM6.
Namun, masih ramai juga peniaga yang kekalkan harga serendah RM1 seperti dahulu dan tidak begitu mementingkan untung.
Bila ada sedikit, tentu peniaga itu teruja dan ingin berkongsi rezeki (walau sedikit) dengan mereka yang banyak memberi sokongan.
Seorang peniaga Nasi Lemak RM1 shahira_yusop, berkongsi kisahnya yang menyentuh hati mana-mana penonton.
Menurutnya, dia baru sahaja meniaga selama dua bulan. Permulaan dan bulan pertama bukannya mudah diharungi dan dia telah dibantu oleh ibunya.
Namun kerana baru sahaja bermula, dia tidak mampu membalas jasa ibunya yang selama ini menyokongnya.
Hanya mampu memberi RM10 dan meminta doa serta restu dari ibunya, wanita itu nekad menjual Nasi Lemak RM1 supaya dapat membalas jasa ibunya.
Setelah dua bulan bertungkus-lumus, dia akhirnya mendapat untung dan mampu memberi pada ibunya.
Mengambil beberapa keping wang RM50, wanita itu menghampiri dan menghulurkan wang tersebut pada ibunya yang sibuk menyediakan cili kering di dapur.
Terharu dengan rezeki yang diperolehi, ibunya kelihatan sebak dan cuba menahan air mata sambil berterima kasih pada wang yang diberi.
https://www.tiktok.com/@shahira_yusop/video/7169560725340425499
@shahira_yusop nasi lemak rm1 untung nya aku bagi Mak🥺#viral #fyp #nsilemak #nasilemakrm1#klang ♬ bunyi asal – BOYZ BROKEN – BOYZGAMING ☄
Menjengah di ruangan komen video yang telah dikongsikan menerusi sebuah video yang telah dimuat naiknya di laman TikTok, orang ramai turut bergembira di atas rezeki mereka setelah penat menjual.
“Syukur alhamdulillah, semoga murah rezeki sentiasa sebab berkongsi rezeki pada ibu.”, doa seorang pengguna.
Sebagai seorang anak yang telah melihat ibunya turut berkorban dan membantu, tentu kita akan memberi sesuatu pada mereka sebagai satu tanda penghargaan.
Syukur melihat wanita ini dapat berbuat begitu hasil dari menjual Nasi Lemak RM1 sahaja.
Kredit: shahira_yusop
Baca Juga: Peniaga Tak Cukup Tangan & Sibuk Buat Order Pelanggan, Tak Sangka Datang Pula Abang Polis Untuk..