Jus nenas boleh didapati di dalam bentuk kotak dan dijual di serata tempat. Lain jenama lain rasa dan harga, semuanya terpulang pada citarasa pembeli nak pilih yang mana satu.
Namun hati-hati semasa memilih jus nenas kerana tak semuanya berkualiti dan sama seperti yang dijangka.
Pengalaman tersebut telah dikongsikan oleh iylafadzila menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di laman TikTok.
Berada di kedai MR DIY, wanita itu melihat satu kotak jus nenas dan terus membelinya kerana lebih murah daripada jenama lain.
Menyimpannya dalam peti ais dan mengeluarkannya untuk diminum, dia berasa terkejut selepas menuangkan minuman tersebut.
Lain dari yang lain, jus tersebut mempunyai warna yang jernih sama seperti air kosong dan tak seperti jus nenas yang lain yang selalunya berwarna kuning.
Selain daripada penampilannya, jus yang dibeli turut tidak mempunyai rasa langsung. Perkara itu membuatnya berasa sangat kecewa dan terasa diri seperti tertipu kerana sudah menghabiskan wang untuk membeli minuman kotak tersebut.
https://www.tiktok.com/@iylafadzila/video/7175525298576821530
@iylafadzila kena scam weh . hahaha air pun ada reject ke 🤣 senang kau buat duit #qwench #jusnenas #scam #fyp #fypシ ♬ original sound – iylafadzila
Di ruangan komen pula, orang ramai sempat lagi mengusik dan menyatakan beberapa sebab mengapa jus tersebut jernih.
“Kurangkan gula intake!”, ujar seorang pengguna yang cuba bersangka bahawa jenama itu mahu pembeli berjimat dengan mengurangkan kadar gula.
Manakala usik seorang lagi pula, “Air depa tu guna basuh nenas, bukan air jus nenas. Salah baca ni.”.
Sabar sahaja lah pembeli, kadang-kadang tak semua jenama yang murah menyediakan produk yang berkualiti dan tepat dengan citarasa.
Oleh itu, kita perlu pandai memilih dan jangan hanya memandang soal harga sahaja. Masih banyak pilihan di luar sana untuk anda.
Kredit: iylafadzila