Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Tambah Nasi Berkali-Kali, Ikan Bilis Hancur Penyedap Makanan. Sedap Bila Tumis Pedas-Pedas!

Resepi Tambah Nasi Berkali-Kali, Ikan Bilis Hancur Penyedap Makanan. Sedap Bila Tumis Pedas-Pedas!

Kategori: ,
ikan bilis hancur

Biasanya, penyedap makanan bagi seseorang akan terdiri daripada ulam-ulaman atau sambal pedas-pedas kan. Kira kalau takda sambal atau budu, mesti tak menambah nasi. Jadi, kali ini, kami ingin kongsikan penyedap makanan yang dibuat daripada ikan bilis sebagai bahan utama.

Cukup senang tau! Boleh buat banyak-banyak dan makan dengan nasi bila teringin. Kalau min, nasi berlaukkan ikan bilis hancur dengan kicap pun dah jalan. Jom ikuti resepi perkongsian daripada Yasmin Dayanti Fami.

Resepi Tambah Nasi Berkali-Kali, Ikan Bilis Hancur Penyedap Makanan. Sedap Bila Tumis Pedas-Pedas!

Bahan-Bahan Kisar Kering:

  • segenggam ikan bilis
  • 3 ulas bawang merah kecil

Bahan-Bahan Lain

  • 10 tangkai cili padi
  • gula secukupnya
  • 1 sudu kecil cuka makan

ikan bilis hancur

Cara Penyediaan:

  1. Kisar kering ikan biilis dan bawang merah kecil.
  2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar tadi.
  3. Tumis sehingga bahan tersebut kering.
  4. Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Masak sehingga bawang layu.
  5. Masukkan cili padi. Gaul rata.
  6. Masukkan gula dan cuka makan.
  7. Masak lagi sehingga cili padi pun turut layu.
  8. Matikan api. Sedia untuk dihidang.

ikan bilis hancur ikan bilis hancur ikan bilis hancur

Dah siap kita punya makanan penyedap ni, ikan bilis hancur. Memang sedap korang! Kena try buat dan rasai kenikmatannya sendiri. Dah lah senang nak buat. Tinggal ikut langkah di atas sahaja. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. Selamat menikmati.

Sumber: Yasmin Dayanti Fahmi

Baca juga: Tauke Restoran Kongsi Resepi Sup Siam Paling Padu, Makan Panas-Panas Masa Hujan Memang Mantap!

tags: | |