Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Jual Nasi Lemak RM1 Pun Kena Kecam, Peniaga Ini Hanya Mohon Ramai Jangan Caci Sumber Rezekinya

Jual Nasi Lemak RM1 Pun Kena Kecam, Peniaga Ini Hanya Mohon Ramai Jangan Caci Sumber Rezekinya

Kategori:
Kena Kecam

Mengusahakan sebuah perniagaan bukannya sesuatu yang mudah. Setiap peniaga akan menghadapi pelbagai cabaran yang berbeza, lebih-lebih sekarang di mana ekonomi sangat mencabar.

Walaupun begitu, segelintir peniaga berjaya mencari pendapatan dengan melakukan perniagaan kecil seperti menjual Nasi Lemak pada RM1 sahaja. Untung tidak banyak tapi perkara itu membantu mereka menyara diri dan keluarga.

Namun dalam kesenangan tersebut, pasti ada beberapa individu yang tidak suka dan dengki sehingga sanggup menghina sumber rezeki orang lain.

Jual Nasi Lemak RM1 Pun Kena Kecam, Peniaga Ini Hanya Mohon Ramai Jangan Caci Sumber Rezekinya

Seperti kisah yang telah dikongsikan oleh seorang peniaga nasi lemak kecil, shahira_yusop menerusi sebuah video yang telah dimuat naiknya di laman TikTok.

Baru berjinak dalam dunia perniagaan dengan menjual nasi lemak RM1 di sebuah gerai kecil di tepi jalan raya, wanita itu bersyukur kerana dapat memperolehi sedikit rezeki untuk menampung kehidupannya. Kena Kecam

Meskipun hidup dan meraih rezeki secara bersederhana, wanita itu berkongsi bahawa dia turut dikecam dan diperlekehkan oleh mereka sekelilingnya.

Diejek menjual nasi lemak RM1 kerana tidak mempunyai banyak untung, wanita itu sedih dan tak sangka pula ada yang sanggup meghina sumber rezekinya. Kena Kecam

Ujarnya, kalau tak mahu membeli darinya tidak menjadi satu masalah tapi jangan lah pula sehingga memutuskan semangatnya untuk terus menjual kerana kata-kata boleh meninggalkan kesan.

https://www.tiktok.com/@shahira_yusop/video/7173457737248984347

@shahira_yusop jual nasi lemak rm1 pun org pertikai kan 😭#fyp #fypシ゚viral #nasilemakrm1 #klang ♬ suara asli – Penyair Emosian

Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai bersimpati dengan nasib wanita itu dan semua hadir mengucapkan doa dan kata-kata semangat untuk dirinya.

“Teruskan, jangan berhenti. Jangan peduli orang. Yang penting kita nak hidup.”, nasihat seorang pengguna.

Simpati, Ramai Yang Hadir Ucapkan Kata-Kata Semangat Kena Kecam

Kalau tak mampu memberi sesuatu yang positif, jangan pula kita melontarkan kata-kata yang negatif dan menjatuhkan orang lain. Lain orang lain cara mencari rezeki tapi asalkan Halal dan tidak menjejaskan mana-mana pihak, ia tidak seharusnya menjadi satu masalah.

Kredit: shahira_yusop

Baca Juga: Nampak Gambar Sheila Rusly Di Paket Maggi, Ibu Terus Tak Nak Beli Gara-Gara..

tags: | |