Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Takde Hasad Dengki..” – Niaga Satu Tapak, Wanita Ini Syukur Dapat Jiran Yang Baik Walau Beza Agama

“Takde Hasad Dengki..” – Niaga Satu Tapak, Wanita Ini Syukur Dapat Jiran Yang Baik Walau Beza Agama

Kategori:
Niaga Satu Tapak

Menjual bukannya satu perkara yang mudah. Selain kenaikkan harga barangan mentah yang membebankan peniaga, faktor lain seperti kerenah pelanggan dan hasad dengki pesaing juga perlu dihadapi.

Terutamanya buat peniaga kecil yang menjual di tapak dan perlu bersaing dengan peniaga lain, pergaduhan akan berlaku bila masing-masing tidak mempunyai sikap yang toleransi dan bertimbang rasa.

Namun segelintir peniaga beruntung bila mempunyai jiran niaga yang baik hati dan ringan untuk membantu.

“Takde Hasad Dengki..” – Niaga Satu Tapak, Wanita Ini Syukur Dapat Jiran Yang Baik Walau Beza Agama

Terbaharu, seorang peniaga taugedel telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi satu kisah yang sangat menyayat hati.

Merupakan seorang peniaga kecil yang menjual di sekitar tepi jalan raya, wanita itu berkongsi tapak dengan beberapa orang peniaga. Kisahnya, jiran peniaganya yang menjual aneka kacang sering baik dan membantunya. Niaga Satu Tapak

Seperti pada hari ini, dia yang membuka gerai mengalami beberapa masalah dan tidak mampu menyalakan api di dapur gara-gara lighter yang digunakan tidak berfungsi. Niaga Satu Tapak

Jirannya yang menjenguk keadaannya tidak keberatan untuk menghulurkan sedikit bantuan dan membantu memeriksa penyala api itu. Didapati tidak berfungsi, wanita itu mula cuak ingin mencari yang baru.

Ketika itu, tak sangka pula jirannya tiba dan meminjamkan lighternya bagi membantunya menghidupkan api bagi tujuan menggoreng makanan.

Terharu dengan sikap jirannya, wanita itu bersyukur kerana ditemukan dengan jiran niaga yang baik hati dan ringan tulang. Niaga Satu Tapak

@taugedel bila niaga tepi jalan ni, benda paling aku tekankan dari hari pertama lagi, buat lah baik sesama jiran niaga. Kita sama-sama cari rezeki halal. #taugedel #tauhubergedilviral #damansaradamai #sapotlokal #jomkita #teroqa #fypdongggggggg #fyp #fooddelivery #tauhubergedilsedap #foodviral #roadto2k #pejuang2k #peniagajalanan #peniagatepijalan #newbietiktok #roadto1kfollowers #pejuang1kfollower ♬ Satu Nama Tetap Di Hati – EYE

Menjengah di ruangan komen pula, orang turut tumpang gembira melihat jiran wanita itu turun membantunya. Perkara itu menyebabkan ramai yang lagi suka untuk turun menyokongnya.

“Kami akan pastikan mula esok uncle akan sampai habis stock jajan uncle jual tu, kami nak beli ramai-ramai!”, ujar seorang pengguna.

Ramai Mahu Sokong Peniaga Yang Baik Seperti Jiran Wanita Itu Niaga Satu Tapak

Syukur masih ada kawan niaga yang sebegini. Bila kita sama-sama membantu dan hidup secara bertimbang rasa, urusan kita tentu akan juga dipermudahkan. Ingat, lakukan sedikit kebaikan pada semua.

Kredit: taugedel

Baca Juga: Jual Nasi Lemak RM1 Pun Kena Kecam, Peniaga Ini Hanya Mohon Ramai Jangan Caci Sumber Rezekinya

tags: | |