Kebaikan sekeliling sememangnya satu anugerah yang tiada tolok bandingnya. Ia menghidupkan kita kerana dapat menyelamatkan seseorang daripada sesuatu masalah. Sebagai seorang manusia, kita memang memerlukan kebaikan kerana ia dapat menguatkan kita untuk terus hidup dan saling berganding bahu bagi kelangsungan hari demi hari.
Misalnya, kebaikan dari sekeliling ditunjukkan oleh kisah dari sebuah video yang tular di laman TikTok baru-baru ini. Ia dikongsikan oleh seorang peniaga tauhu begedil yang menceritakan bagaimana dia dibantu oleh kebaikan yang tidak disangka-sangka.
“Sebelah gerai kami ni ada uncle jual kacang. Dia ni baik sangat. Kalau kita tengah pasang khemah tu, cepat-cepat dia tolong. Nak dijadikan cerita hari ni, nak hidupkan api tak lepas-lepas pulak. Try lagi tak boleh, lighter problem lah pulak dah.
“Uncle usha je kot aku nak bukak dari tadi tak boleh. Dia terus je datang, tak panggil pun. Dia try, aku pun try balik. Still tak hidup. Dia siiap dengan bunyi ada ke tak. Dia tryy lagi nak tolong aku. Dia tanya aku ada lighter lain tak.
“Uncle terus datang bawa lighter dia. Siap pasangkan api aku. Dia tunggu je sampai nyala. Dah nyala baru dia pergi. Korang tengok betapa baiknya lah uncle ni,” katanya menceritakan kisah peniaga begedil yang ingin nyalakan api berkenaan.
Tambahnya lagi, ini adalah satu kisah yang boleh membuktikan bahawa sifat perkauman di antara masyarakat tidak lah teruk seperti yang dikatakan. Perpecahan bangsa dan agama hanya dilakukan oleh manusia-manusia yang tiada hati perut atas kepentingan dirinya sendiri.
“Walaupun lain bangsa lain agama, tak halang pun kaui nak buat baik sesama manusia,” katanya lagi.
@taugedel bila niaga tepi jalan ni, benda paling aku tekankan dari hari pertama lagi, buat lah baik sesama jiran niaga. Kita sama-sama cari rezeki halal. #taugedel #tauhubergedilviral #damansaradamai #sapotlokal #jomkita #teroqa #fypdongggggggg #fyp #fooddelivery #tauhubergedilsedap #foodviral #roadto2k #pejuang2k #peniagajalanan #peniagatepijalan #newbietiktok #roadto1kfollowers #pejuang1kfollower
@taugedel bila niaga tepi jalan ni, benda paling aku tekankan dari hari pertama lagi, buat lah baik sesama jiran niaga. Kita sama-sama cari rezeki halal. #taugedel #tauhubergedilviral #damansaradamai #sapotlokal #jomkita #teroqa #fypdongggggggg #fyp #fooddelivery #tauhubergedilsedap #foodviral #roadto2k #pejuang2k #peniagajalanan #peniagatepijalan #newbietiktok #roadto1kfollowers #pejuang1kfollower ♬ Satu Nama Tetap Di Hati – EYE
Dalam perkembangan sama, peniaga begedil berkenaan pergi mempromosikan jualan kerepek uncle terbabit selepas video tentang kebaikan uncle itu tular. Ia adalah satu tindakan dan kebaikan yang patut dicontohi.
@taugedel Uncle kacang say “Hi’ to korang 😍 #pejuang1kfollower #roadto1kfollowers #newbietiktok #peniagatepijalan #peniagajalanan #pejuang2k #roadto2k #foodviral #tauhubergedilsedap #fooddelivery #fypdongggggggg #fyp #jomkita #teroqa #sapotlokal #damansaradamai #tauhubergedilviral #taugedel
@taugedel Uncle kacang say “Hi’ to korang 😍 #pejuang1kfollower #roadto1kfollowers #newbietiktok #peniagatepijalan #peniagajalanan #pejuang2k #roadto2k #foodviral #tauhubergedilsedap #fooddelivery #fypdongggggggg #fyp #jomkita #teroqa #sapotlokal #damansaradamai #tauhubergedilviral #taugedel ♬ Menunggu Kamu – ANJI
Meninjau ruangan komen, netizen turut gembira dengan kisah yang dikongsi. Kebaikan yang tidak mengenal latar belakang tetapi atas nama kemanusiaan harus diraikan dalam menghadapi dunia yang semakin banyak dengan fitnah pembenciaan.
“Yang sebenarnya kita dengan apa-apa bangsa elok sahaja. Yang punahkan kita ahli politik je,” kata netizen bernama Awwa Wafiq dallam kisah peniaga begedil dibantu oleh uncle kerepek.
“Kami akan pastikam mula esok uncle akan sampai habis stock jajan ucle jual tu.. Kami nak beli ramai-ramai,” kata Azlisafri.
Semoga kisah yang ditunjukkan oleh peniaga begedil ini terus tersebar kerana kebaikan yang sebegini sepatutnya harus dijadikan pedoman buat semua. Kita mungkin bukan satu iman, tapi kita satu kemanusiaan.
Sumber: taugedel