Ingin kelihatan cantik adalah impian setiap orang. Ada orang ingin kelihatan cantik dengan berpakaian dan berketerampilan. Ada juga orang yang merasakan diri mereka cantik apabila mempunyai tubuh badan yang sihat, kurus dan seksi.
Ekoran itu ramai yang berlumba-lumba mencuba pelbagai cara dan produk. Sehinggakan ada yang sanggup mengambil produk ataupun pil yang membahayakan kesihatan. Namun akhirnya apa yang mereka usahakan itu memakan diri mereka sendiri.
Jadi, alangkah lebih baik jika kita mengamalkan pemakanan semulajadi yang sihat sahaja. Tidak perlu bersusah payah membeli segala produk yang menjanjikan beribu-ribu harapan palsu. Memang kesannya cepat namun risikonya juga agak tinggi.
Tetapi susah kah nak amalkan pemakanan yang sihat ini? Tidak terlampau susah pun, jikalau korang berusaha dan rajin, pasti korang dapat melakukannya. Zaman sekarang, terdapat banyak idea, menu dan resepi mudah yang korang boleh ikuti.
Malah ramai juga dalam kalangan para artis yang berkongsikan resepi diet mereka, antaranya Atikah Suhaimie. Terbaharu, Atikah sempat berkongsi sebuah video resepi diet iaitu resepi Singgang Mat Salleh.
Resepi tersebut adalah rekaannya memandangkan dia hanya menggunakan barang yang sedia ada di dapur sahaja. Menurut Atikah, resepi yang dikongsikan itu adalah untuk oven namun disediakan dengan cara dan kuali kecil sahaja.
Setelah selesai masak, Atikah kelihatan sangat menikmati makanan tersebut. Berulang-kali memberitahu bahawa rasanya sangat sedap.
@atikahsuhaimeeee Recipe diet baru “Singgang Matsalleh”. Selamat mencuba 😅❤️ #fypシ゚viral #tiktokmalaysia🇲🇾 #singaporetrending
@atikahsuhaimeeee Recipe diet baru “Singgang Matsalleh”. Selamat mencuba 😅❤️ #fypシ゚viral #tiktokmalaysia🇲🇾 #singaporetrending ♬ original sound – TikaMe
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TiTok. Selain ramai yang memuji resepi diet yang dikongsikan Atikah sangat sedap dan menjadi ada juga yang meninggalkan komen menyatakan dia sudah cuba resepi Atikah. Individu tersebut mampu turunkan 3 kilogram selama 12 hari.
“Saya dah try resepi Atikah. 12 hari turun 3 kg”, tulis Wefla86
Dalam masa yang sama, ada juga yang sempat berkongsi cara dietnya iaitu 6 bulan tanpa nasi dan gula akhirnya berjaya turun 30 kilogram. Namun menurutnya, perlu disiplin dan sabar.
“i buat 6 bulan tanpa nasi atau gula, turun 30 kg tapi kena disiplin dan sabar’, kongsi Wan Dart
Tidak kurang juga ada yang berseloroh dan menyatakan kuali yang digunakan oleh Atikah terlalu besar. “kuali u terlalu besar la”, tulis AeN
Tidak dinafikan memang resepi diet Singgang Mat Salleh yang dikongsikan Atikah Suhaimie ini kelihatan sangat enak dan menggiurkan. Selain resepi tersebut, banyak lagi resepi diet lain yang mudah dan menggunakan bahan-bahan pada harga yang murah.
Sumber: TikTok atikahsuhaimeeee
Baca juga: Resepi Coklat Nestum Bar Yang Sedap & Mudah, Guna 2 Bahan Sahaja Tapi Rasa Macam Kit Kat!