Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Sinki Bertakung & Dapur Bersepah, Perempuan Ini Nasihati Lelaki Jangan Kahwin Dengan..

Sinki Bertakung & Dapur Bersepah, Perempuan Ini Nasihati Lelaki Jangan Kahwin Dengan..

Kategori:
rumah dan dapur bersepah

Kebersihan adalah separuh daripada Iman. Setiap individu disarankan untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Tidak wajar bagi setiap dari kita yang berakal dan berilmu tidak menjaga kebersihan. Aspek ini merupakan antara aspek yang perlu diambil berat dan dididik kepada setiap individu semenjak dari mereka kecil lagi.

Kebersihan, jika tidak dijaga akan mendatangkan penyakit. Bukan sahaja penyakit fizikal malah ia mungkin menyebabkan kita diganggu atau disukai oleh makhluk ghaib. Seperti yang kita ketahui, jin dan syaitan merupakan antara makhluk yang sangat menyukai kekotoran dan tempat kotor. Jadi, alangkah bagusnya jika kita menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

Kebersihan persekitaran ini bukanlah pada kawasan luar semata-mata. Namun kebersihan bilik dan rumah juga adalah begitu penting. Lebih-lebih lagi kawasan dapur.

Sinki Bertakung & Dapur Bersepah, Perempuan Ini Berang Nasihati Lelaki Jangan Kahwin Dengan..

Berkait rapat dengan kebersihan dan dapur ini. Terbaharu viral sebuah video yang dikongsikan oleh Sebastian Saladin menerusi aplikasi TikTok yang berkisarkan keadaan rumah dan dapur yang kotor di sebuah rumah sewa. Difahamkan penghuni rumah tersebut adalah perempuan yang masih lagi bujang.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat dengan jelas keadaan rumah dan dapur bersepah. Sinki pula dipenuhi dengan air dan seolah-olah tiada yang mengambil berat akan bahagian tersebut. Ditambah pula dengan keadaan peti sejuk yang tunggang langgang, tidak tersusun rapi dan tidak bercuci.

Plastik sisa makanan juga dibiarkan sehingga berulat. Sungguh kotor dan menjijikkan. Bagaimana mungkin, gadis boleh hidup dalam keadaan sedemikian rupa. Sementara itu, Sebastian juga sempat menasihati lelaki di luar sana agar tidak berkahwin dengan perempuan dalam rumah sewa tersebut.

kalau nak kahwin jangan kahwin dengan perempuan macam ni tau awak-awak yang bujang kat sana huhu”, tulis Sebastian di ruangan caption.

“Kdg ade sorang je rajin, yang lain malas..”

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Ada yang turut menyatakan, kadang-kadang ada seorang sahaja yang rajin. Penghuni laun semua malas.

“Kdg ade sorang je rajin, yang lain malas, pastu dia sorang je bersihkan sampai fed up dah, sy pernah rasa”, tulis wAwA.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menyatakan itu adalah salah satu sebab kenapa dia duduk sorang-sorang di rumah sewa dari ada roommate. “Sebab tu aku lebih suka duk sorang-sorang dari ada rumet”, tulis nrlshira.

Dalam masa yang sama, ada juga yang turut bercerita mengenai rakannya sewaktu zaman belajar dahulu. “aq ingt lg zaman study dlu. Bilik dia jd timbunan baju dilantai. Bila member ajak keluar, dia bau satu-satu baju nak cari mana baju yang dia tak pakai lagi”, tulis Nurul Najihah.

 

Tak sanggup tengok lebih lanjut keadaan dapur yang cukup bersepah dan kotor itu. Sinki dibiarkan bersumbat dan bertangkung, seolah-olah tiada penghuni. Sepatutnya bahagian dapurlah antara tempat yang patut dijaga kebersihannya memandangkan ia adalah tempat kita memasak.

Semoga penghuni rumah yang difahamkan berjantina perempuan itu akan berubah dan selalu menjaga kebersihan selepas ini.

Sumber: TikTok Sebastian Saladin

Baca juga: “Air Tangan Terakhir Mama..” Ibu ‘Pergi’ Tiba-Tiba, Lelaki Ini Begitu Menikmati Masakan Terakhir Ibunya

tags: | | | |