Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Ini Cara Masak Siakap Stim Limau Guna Kaedah Tumis Darat, Lauk Ringkas Tapi Rasa Masam Manis Sedap!

Ini Cara Masak Siakap Stim Limau Guna Kaedah Tumis Darat, Lauk Ringkas Tapi Rasa Masam Manis Sedap!

Kategori: ,
siakap stim limau

Ikan siakap memang sedap dan selalu digandingkan dengan masak stim limau. Isinya yang lembut dan pejal bersama kuah stim limau yang masam manis dimakan bersama nasi memang membolehkan kita bertambah nasi berpinggan-pinggan.

Jadi, untuk resepi kali ini, kami ingin berkongsi satu resepi untuk masak siakap stim limau tetapi menggunakan kaedah tumis darat tau.

Tumis darat bermaksud bahan-bahan ditumis asing daripada masakan. Selepas ditumis, tumisan diasingkan terlebih dahulu. Apabila memasak, barulah dimasukkan tumisan itu ke dalam masakan.

Jom kita rujuk resepi siakap stim limau tumis darat ini!

Ini Cara Masak Siakap Stim Limau Guna Kaedah Tumis Darat, Lauk Ringkas Tapi Rasa Masam Manis Sedap!

Bahan-Bahan:

  • minyak masak untuk menumis
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 inci halia (hiris)
  • 1 ekor ikan siakap
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 labu bawang besar (potong 6 bahagian)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 5 tangkai cili padi (belah 2)
  • 2 biji asam boi putih
  • garam secukup rasa
  • daun limau purut secukupnya
  • daun sup secukupnya
  • 1 biji limau nipis (potong nipis dan perah airnya)

siakap stim limau

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih dan halia sebentar. Matikan api.
  2. Sediakan pengukus. Panaskan air. Letakkan loyang dalam pengukus. Dalam loyang, letakkan ikan, air dan sos tiram.
  3. Kemudian, masukkan bahan tumisan tadi.
  4. Masukkan bawang besar, serai, cili padi, asam boi putih dan garam.
  5. Tutup pengulus dan biar sehingga ikan masak lebih kurang 20 minit.
  6. Buka pengukus, tabur daun limau purut dan daun sup. Letakkan juga air perahan limau nipis.
  7. Tutup api.

siakap stim limau siakap stim limau

Dah siap kita punya siakap stim limau menggunakan kaedah tumis darat ni. Senang je kan? Jom buat dekat rumah. Ikut je bahan dan cara penyediaan yang ditunjukkan ni tau.

Selamat mencuba buat semua!

Sumber: Syira Lokman

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Cara Betul Masak Sambal Tumis Berlada Ajaran Arwah Nenek, Boleh Tahan Sampai 3 Minggu!

tags: | |