Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resepi Ikan Bilis Goreng Petai Abang Nak Tegur! Walau Nama Panggilan Pelik, Tapi Enak Untuk Makan Masa Musim Sejuk Ini

Resepi Ikan Bilis Goreng Petai Abang Nak Tegur! Walau Nama Panggilan Pelik, Tapi Enak Untuk Makan Masa Musim Sejuk Ini

Kategori: ,

Resepi Ikan Bilis Goreng Petai Abang Nak Tegur ni kalau dimakan bersama nasi putih panas boleh juling mata anda. Tapi, kenapa nama dia pelik? Mungkin keistimewaannya, sedap sangat sampaikan abang selalu tegur bahawa masakan isterinya sangat sedap.

Resepi Ikan Bilis Goreng Petai Abang Nak Tegur! Walau Nama Panggilan Pelik, Tapi Enak Untuk Makan Masa Musim Sejuk Ini

Wanita ini (Mamaa Sal) kongsikan resepi sedap ini di Facebook Page Masak Apa Hari Ini? (MAHI) – Official, beliau mengatakan bahawa resepi ini sangat mudah dimasak. Selain itu, sesuai untuk dhidangkan semasa cuti sekolah dan makan bersama seisi keluarga.

Dengar sahaja, kecur air liur semua orang tentang Resepi Ikan Bilis Petai Abang Nak Tegur.

Resepi Ikan Bilis Goreng Petai

Bahan-Bahan:

  • Ikan bilis (ikan bilis besar)
  • Cili api
  • Petai
  • Bawang besar
  • Garam

Cara Penyediaan:

  1. Ikan bilis dikopek buang perut dan tulang
  2. Goreng ikan bilis, jangan terlampau garing
  3. Sejukkan

Resepi Ikan Bilis Goreng Petai

4. Potong bawang, cili, petai dan masukkan semua ke dalam kuali. (masak sekejap sahaja)

5. Letakkan sedikit garam dan gaulkan.

6. Akhir sekali, letakkan ikan bilis dan gaul mesra.

7. Siap untuk dihidangkan.
Resepi Ikan Bilis Goreng Petai
Mudah bukan? Kalau makan Ikan Bilis Goreng Petai ni, percayalah kita akan tambah nasi. Ada juga sesetengah yang memasak resepi ini ketika waktu sahur untuk naikkan selera makan.
Kredit: Mamaa Sal

 

 

tags: | |