Tapai Pulut merupakan makanan tradisional yang cukup popular di Pantai Timur. Jika dahulu, makanan ini sering disajikan ketika hari raya namun kini tidak lagi. Makanan yang diperbuat daripada pulut dan digaul dengan ragi ini juga boleh dijumpai ketika apa-apa majlis.
Setelah pulut digaul dengan ragi, ia akan dibungkus dalam daun getah atau beberapa jenis daun lain lagi. Namun zaman sekarang lebih mudah kerana rata-rata daripada pembuatnya akan menggunakan bekas kecil. Ianya pasti lebih mudah berbanding dibungkus dengan daun getah ataupun lain-lain daun.
Setelah dibungkus, tapai akan diperam untuk beberapa hari. Setelah itu, barulah tapai tersebut boleh dimakan. Jika tepat caranya, rasanya pasti manis.
Berkait dengan tapai ini, tidak semua rakyat Malaysia pernah makan atau merasai tapai pulut ini. Ramai dalam kalangan penduduk yang tinggal di luar Kelantan dan Terengganu tidak pernah merasainya. Seperti mana yang dikongsikan oleh afifimusleh, reaksi saat kali pertama dia mencuba tapai pulut ini.
Pemuda yang sedang belajar di Universiti Teknologi Mara Machang ini telah mencuba satu bekas kecil tapai pulut. Pada mulanya, dia bertanya kepada kenalannya apakah nama tersebut sebelum mencubanya. Namun apa yang menarik perhatian orang ramai adalah reaksi kelakar dirinya selepas menikmati satu suap tapai berkenaan.
Dia kelihatan seolah-olah cuba menahan rasa yang tidak dapat tertahan. Sempat memejam mata seolah-olah menahan makanan yang berasa masam sebelum memberitahu rasanya pekat. Sebelum ini, pernah viral beberapa buah video mengenai Afifi yang amat menyukai gaya percakapan orang Kelantan dan mencubanya.
https://www.tiktok.com/@afifimusleh/video/7173937882707660058?is_from_webapp=v1&item_id=7173937882707660058
@afifimusleh Pekattt matt #fyp #foryoupage #uitmdihatiku #uitmmachang ♬ original sound – Mr.Musleh
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Selain ramai yang tertarik dan terhibur dengan video tersebut, ada juga yang meninggalkan komen mengaitkan dengan mukanya. “gi nga muko-muko pulok tu”, tulis LOST.
Dalam masa yang sama, ada juga yang meninggalkan
nasihat menyatakan kalau darah tidak kena boleh mabuk selepas makan tapai pulut ini. “kalau darah tak kene boleh mabuk wo”, tulis eskimoyeo
Tidak kurang juga ada yang menulis, dia tidak boleh makan tapai tersebut namun makanan itu adalah makanan kegemaran keluarganya. Siap makan dengan aiskrim lagi. “kenot go tapi fav family siap makan dengan ice cream vanilla”.
Mungkin tapai pulut tersebut terlampau manis oleh sebab itu reaksi muka pemuda tersebut sedemikian rupa. Walau apapun, nasihat kami kepada mereka yang belum pernah merasai tapai ini atau kali pertama merasainya, jangan makan terlampau banyak.
Manakala untuk menghasilkan tapai yang betul-betul sedap dan manis perlu menggunakan ragi yang terbaik. Selain tapai pulut, ada lagi tapai lain yang korang boleh cuba. Salah satunya adalah tapai ubi kayu.