Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

“Tolong Tolong Saya Nak Paha..” Berulang Kali Minta Paha Ayam, Cara Gadis Ini Tulis Nota Buat Ramai Cair

Cik Lawa by Cik Lawa
April 23, 2023
in Berita
3 min read
0 0
0
tulis nota mahu paha ayam
0
SHARES
12
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Setiap orang memiliki selera dan citarasa yang berbeza-beza. Hendak penuhi selera itu bukannya mudah. Selain memasak sendiri di rumah, kita juga boleh membuat pesanan secara atas talian melalui khidmat penghantaran makanan. Sama ada Grabfood, Foodpanda dan lain-lain.

BacaJuga

Ayam Perap Berempah Ala Mamak

Resepi Ayam Perap Berempah Ala Mamak, Simple Tapi Padu! Simpan Dalam Peti Terus Goreng

Jun 4, 2023
69
minta sudu

Pelanggan Foodpanda Minta Sudu Dalam Pesanan Tambahan, Wanita Ini Terkejut Bila Dapat..

Jun 2, 2023
187

Pastinya dengan adanya perkhidmatan tersebut, semua benda akan jadi lebih mudah. Pilih sahaja kedai dan menu apa yang diinginkan, nanti abang penghantar makanan akan terus menghantarnya ke rumah anda. Hendak minta apa-apa pun senang sahaja, tulis sahaja nota ketika membuat pesanan.

“Tolong Tolong Saya Nak Paha..” Berulang Kali Minta Paha Ayam, Cara Gadis Ini Tulis Nota Buat Ramai Cair

Seperti mana yang gadis ini lakukan, dia telah menulis nota yang agak panjang kerana mahukan paha ayam.  Namun cara dan gelagatnya itu membuatkan ramai orang cair. Tak ramai yang sanggup dan berani tulis nota panjang-panjang semata-mata mahukan paha ayam, namun gadis yang dikenali dengan nama mecarah menerusi aplikasi TikTok ini berani melakukannya.

Di dalam nota tersebut, Mecarah berulang kali menulis perkataan tolong dan mahukan paha ayam sahaja. Juga turut ditulis, dia mengalami senggugut dan masih tidak makan lagi. Kalau tidak dapat apa yang diinginkan dia akan sedih. Turut memberitahu, jika tiada paha, gantikan dengan ayam yang lebih sedap namun jangan bahagian isi.

“Saya nak peha, tolonglah saya lapar ni nak peha, tolongla nak peha tolong tolong tolong saa nak peha. Tolong hmmm saya lapar ni tak makan dari pagi tadi. Saya senggugut ni teringin nak makan peha. Tak kesian ke, tolong lah kalau tak bagi peha saya nangis. Kalau peha habis bagilah yang sedap sikit tapi jangan isi tau tq“.

Malah peniaga berkenaan juga penuhi permintaannya, akhirnya gadis ini dapat apa yang diidamkan iaitu dua ketul paha ayam. Apa yang lebih menarik lagi, peniaga berkenaan juga sempat membalas kembali nota dan meletakkan dalam makanan yang dipesan oleh mecarah. Malah siap selitkan pantun lagi.

@mecarah

HAHAHHAHAHA THANKYOU !!!

♬ original sound – sara – sara

@mecarahHAHAHHAHAHA THANKYOU !!!♬ original sound – sara

Kalau order macam ni mesti aku turutkan..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Selain ramai yang memuji tindakan gadis ini kerana menganggapnya comel ada juga yang meninggalkan komen mahu tiru ayat gadis ini.

“Nak tiru ayat boleh dak HAHAHAH kut ii boleh dapat”, tulis rishnakkinder

Malah ada juga pekerja restoran yang memberikan komen mengatakan kalau dia jumpa pesanan yang macam ni mesti dia akan turutkan. “Aku kje cashier restoran kalau order yg mcm ni msti aku jadi cm aawwww… mesti aku turutkan. Smpai kt aku, ade yg xde, aku suruh kitchen buat!” , tulis moonlight.

Dalam masa yang sama, ada juga yang menulis, kalau buat pesanan atas talian sahaja dia berani buat macam ni. Kalau makan dalam restoran auto pasrah katanya. ” Order online ja sya brani request mcmni. Klau makan dlm restaurant auto pasrah ja”, tulis moon.fy.

 

Pengajarannya? Kalau mahukan sesuatu, minta lah secara baik. Permintaan tersebut juga tidak boleh melebih-lebih. Kalau tulis dalam keadaan biadap dan marah-marah, peniaga pun malas nak layan dan tunaikan.

Sumber: TikTok mecarah

Baca juga: Atikah Suhaimi Kongsi Resepi Diet Baru, ‘Singgang Mat Salleh’. Ramai Puji Sedap

Download Best WordPress Themes Free Download
Premium WordPress Themes Download
Free Download WordPress Themes
Free Download WordPress Themes
download udemy paid course for free
download lenevo firmware
Tags: ayamfoodpandagoreng paha ayamnotapaha ayam
ShareTweetSend

Related Posts

jual donut bantu keluarga
Berita

“Yuran Kelas Memasak Tinggi”, Lapan Bulan Belajar Di Youtube, Wanita OKU Ini Akhirnya Dapat Jual Donut Bantu Keluarga

Jun 8, 2023
17
Restoran Annalakhsmi
Berita

Restoran Annalakhsmi Guna Konsep Bayar Makanan Ikut Kehendak, Selamatkan Ramai Jiwa Kelaparan

Jun 8, 2023
23
Tips Untuk Dapat Perhatian Suami, Mudah Sahaja! Hanya Ikut Sahaja Hobi Suami & Suap Makan Hingga Kenyang
Berita

Tips Untuk Dapat Perhatian Suami, Mudah Sahaja! Hanya Ikut Sahaja Hobi Suami & Suap Makan Hingga Kenyang

Jun 7, 2023
56
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist