Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Hancur Hati Tengok..” Mangsa Banjir Kelaparan, Makcik Ini Menangis Bila Dapat Makanan

“Hancur Hati Tengok..” Mangsa Banjir Kelaparan, Makcik Ini Menangis Bila Dapat Makanan

Kategori:
menangis dapat makanan

Banjir yang melanda Pantai Timur, khususnya di Terengganu dan Kelantan kali ini cukup luar biasa. Banyak kawasan yang terjejas, bahkan kawasan yang tidak pernah dinaiki air sebelum ini turut dinaiki air. Rata-rata daripada penduduk yang tidak pernah berhadapan dengan situasi sebegini terkejut dan buntu.

Malah ramai juga dalam kalangan penduduk yang terperangkap. Bukan sahaja terperangkap malah ramai dalam kalangan mangsa banjir yang kelaparan. Pihak yang ingin menyampaikan makanan dan bantuan juga tidak dapat memasuki beberapa tempat dek kerana air yang terlampau tinggi dan deras.

Cuba kita bayangkan, saat dalam kesempitan, rumah. kereta dan harta benda lain hilang sekelip mata,  makanan pula tiada untuk mengisi perut yang kelaparan. Akan tetapi, apabila mereka mendapat makanan pastinya mereka akan berasa syukur yang teramat sangat.

“Hancur Hati Tengok..” Mangsa Banjir Kelaparan, Makcik Ini Tak Berhenti Menangis Bila Dapat Makanan

Begitu juga dengan salah seorang mangsa banjir di Terengganu, kawasan Makcik ini dinaiki air lalu dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Dek kerana banjir yang melanda dan tiada makanan yang boleh dimakan, Makcik ini dan penduduk lain kelaparan.

Namun begitu, syukur ada yang datang memberikan bantuan makanan. Namun apa yang menyebabkan orang ramai turut berasa sebak adalah apabila Makcik tersebut tidak henti mengucapkan terima kasih dan menangis selepas mendapat sebungkus nasi goreng. Mungkin sudah berjam-jam lamanya dia menahan lapar.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Syara Dudu menerusi aplikasi TikTok, dapat dilihat Makcik berkenaan menangis selepas mendapat sebungkus nasi daripada pihak yang menghantar bantuan. Malah Makcik tersebut juga sempat menyuapkan nasi ke mulut Syara dan sukarelawan lain.

Di sisi lain, dapat dilihat juga seorang kanak-kanak perempuan sedang nyenyak tidur bersebelahan dengannya dan beberapa orang lagi Makcik lain yang turut berada di situ. Mungkin mereka juga mangsa banjir yang dipindahkan ke situ.

https://www.tiktok.com/@syara_dudu/video/7179109159865011482?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=7179109159865011482

@syara_dudu siapa nak bantu boleh pergi ke tiktok @buya ♬ bunyi asal – Syara Dudu

Ya Allah permudahkanlah urusan orang kampung..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Bukan sahaja ramai yang meluahkan rasa sebak dan sedih melihat reaksi makcik tersebut namun ada juga yang mendoakan agar mangsa banjir dipermudahkan urusan.

“Ya Allah permudahkanlah urusan orang kampung Aamin”, tulis jeff capenter

Tidak kurang juga ada yang berasa kasihan dan menangis. Menyangka munkin makcik ini sudah lama terkandas dan kebuluran.

“MasyaAllah lama dia kandas sapa kebuluran lapar”, tulis penaalm927pokyah

“Siye mokcik lapar”, luah mazlini80

Allahuakhbar, sedih, terkilan dan sebak terasa di dada saat melihat Makcik ini begitu gembira sehinggakan menangis setelah mendapat sebungkus nasi. Betapa dia menunggu untuk mengisi perut yang berkeroncong. Entah sudah berapa lama dia menahan perut yang lapar.

Semoga mangsa banjir di Pantai Timur dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesabaran atas ujian ini. Pasti Tuhan akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik selepas ini. Terima kasih juga buat penyelamat dan para sukarelawan yang sanggup tinggalkan keluarga demi membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

Sumber: TikTok Syara Dudu

Baca juga: Baru 7 Bulan Buka, Peniaga Kek Redha Alami Kerugian, Banyak Kek & Chiller Rosak

tags: | | |