Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Resipi Ayam Goreng Mamak Paling Menjadi, Yang Penting Warna & Rasa Tu Memang Sebijik Makan Dekat Kedai. Korang Kena Cuba!

Resipi Ayam Goreng Mamak Paling Menjadi, Yang Penting Warna & Rasa Tu Memang Sebijik Makan Dekat Kedai. Korang Kena Cuba!

Kategori: ,

Sesetengah negeri tidak banyak cawangan kedai mamak yang buka. Kalau ada pun, di tengah bandar dan boleh buka sehingga 24 jam. Terutama sekali di negeri pantai timur, boleh kira dengan jari bahawa tidak banyak kedai Mamak. Susah betul ya untuk cari ayam goreng mamak ini.

Mungkin ada antara orang yang biasa selalu makan makanan di restoran Mamak. Tapi boleh pokai juga kalau hari hari hendak ke kedai Mamak.

Resepi Ayam Goreng Mamak Paling Menjadi, Yang Penting Warna & Rasa Tu Memang Sebijik Makan Dekat Kedai. Korang Kena Cuba!

Wanita (Eina Eryna Osman) ini kongsikan resepi ayam goreng mamak yang boleh dimasak hanya di rumah sahaja. Mudah dan senang, hanya menggunakan tepung serba guna sahaja.

Tidak perlu lagi risau atau craving kerana anda mampu untuk memasak dan makan bersama seisi keluarga.

Bahan-Bahan:

  • 2 ekor ayam dipotong 8
  • 6 sudu besar Tepung Bestari Spicy
  • 8 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • Segenggam daun kari
  • Sedikit serbuk pewarna makanan
  • Secubit garam
  • Sesudu teh ajinomoto
  • Secubit gula

Cara Penyediaanya:

  1. Masukkan kesemua bahan ke atas ayam dan perapkan.
  2. Perap selama sejam atau lagi lama, lagi elok.

3. Dah siap perap, boleh gorengkan ayam dengan api sederhana.

4. Dah siap masak, boleh tapi ayam dengan penapis untuk asingkan daripada minyak.

 

Senang bukan? Kalau tak cuba, sampai bila tak tahu yang untuk buat ayam goreng mamak ini sangat simple dan cepat.

Jadi, tunggu apa lagi. Selamat mencuba!

Kredit: Eina Eryna Osman

Baca Juga: Makanan Di Majlis Kenduri Kehabisan, Tuan Rumah Beli Lauk Di Kedai Mamak Untuk Tetamu

tags: | |