Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » “Makan Kat Kedai Mahal, Buat Sendiri Je Lah..”, Ini Dia Resepi Sup Tulang Thai Jadi Pujaan Ramai. Jom Cuba!

“Makan Kat Kedai Mahal, Buat Sendiri Je Lah..”, Ini Dia Resepi Sup Tulang Thai Jadi Pujaan Ramai. Jom Cuba!

Kategori: ,
sup tulang

Thailand bukan sahaja terkenal sebagai pusat pelancongan yang menarik. Malah, masakan Thai juga sangat digemari oleh semua orang kerana mempunyai rasa yang begitu seimbang antara pedas, masin, masam dan manis.

Terkenal dengan aroma masakan menyelerakan dipenuhi rempah ratus, tidak hairanlah masakan Thai menjadi kegemaran ramai. Sup tulang Thai adalah salah satu menu kegemaran bukan hanya penduduk seberang, tetapi juga rakyat Malaysia yang sukakan menu tersebut.

Jom kita ikuti perkongsian sup tulang Thai yang dikongsi oleh Ell Suhaila ini.

“Makan Kat Kedai Mahal, Buat Sendiri Je Lah..”, Ini Dia Resepi Sup Tulang Thai Jadi Pujaan Ramai. Jom Cuba!

sup tulang

Bahan-bahan

  • 1kg tulang
  • Serai – ketuk
  • Lengkuas – ketuk
  • Bawang putih – ketuk
  • Bawang besar – hiris
  • Halia – ketuk
  • Akar ketumbar – ketuk
  • Daun limau purut
  • Cili padi

Cara penyediaan

  1. Rebus 1kg tulang dahulu
  2. Kemudian tumiskan semua bahan-bahan di atas bersama air rebusan tulang ( ambil separuh sahaja, separuh lagi masukkan air )
  3. Tunggu sehingga mendidih, kemudian masukkan air lemon, saderi tomato dan sedikit perasa dan juga daun ketumbar

Akhirnya sup tulang Thai simple dah siap! Senang je nak buat. Kalau makan dekat kedai ni boleh tahan jugak harganya kan? Baik buat sendiri je .

Semoga perkongsian resepi ini memberi manfaat kepada semua. Cuba tau jangan tak cuba!

Sumber: Ell Suhaila

Baca juga: Resepi Lejen Orang Kelantan! Ini Cara Masak Gulai Kerutuk Kaki Ayam Yang Pekat Melikat, Ratah Saja Pun Sedap!

tags: | |