Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Resipi Lejen Orang Kelantan! Ini Cara Masak Gulai Kerutuk Kaki Ayam Yang Pekat Melikat, Ratah Saja Pun Sedap!

Cik Daun by Cik Daun
Mei 24, 2023
in Masak Apa Hari Ini?, Resepi
3 min read
0 0
0
gulai kerutuk kaki ayam
0
SHARES
104
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Masakan Kelantan memang tidak boleh dinafikan mempunyai ciri khas tersendiri. Dikenali sebagai masakan kampung dan tradisional, rakyat Malaysia kebanyakannya meminati masakan Kelantan kerana ia terbukti sedap dan diterima oleh lidah orang ramai.

BacaJuga

colek kaki ayam air asam

Peniaga Kongsi Resepi Colek Kaki Ayam Air Asam Bikin Kecur Air Liur, Makan Ratah Saja Pun Rasa Memang Power & Menyengat

Februari 2, 2023
136
Kaki Ayam Mushroom Chinese Style

Ini Resepi Kaki Ayam Mushroom Chinese Style. Tinggi Dengan Kolagen, Elok Dimakan Selalu

November 8, 2022
176

Terkenal dengan masakan yang berasakan gulai, kali ini kami ingin berkongsi resepi kepada para pembaca setia untuk menu gulai kerutuk kaki ayam. Menu ini sememangnya sangat popular yang biasanya dijual pada awal pagi untuk nasi bungkus bagi sarapan.

Jom kita ikuti perkongsian gulai kerutuk kaki ayam yang dikongsi oleh Afy AL Habibi ini. Nampak kuah pekat melikat tu pun dah tahu sedap rasanya, kan?

Resepi Lejen Orang Kelantan! Ini Cara Masak Gulai Kerutuk Kaki Ayam Yang Pekat Melikat, Ratah Saja Pun Sedap!

Bahan-Bahan:

  • kaki ayam (buang tengah telapaknya dan potong kuku)
  • sekeping asam keping
  • kentang
  • 3 biji bawang merah saiz syiling 20 sen, 1 ulas bawang putih, sekeping halia ,1/2 hiris lengkuas (kisar semuanya sekali)
  • 1 batang serai kecil diketuk untuk tumis asing
  • 4 sekawan
  • rempah kerutuk Cikgu Afy , 2 sudu besar
  • 1/2 sudu besar cili kisar
  • semangkuk air asam jawa (secubit asam jawa + semangkuk kecil air)
  • 1/2 kerek nisse, 1 sudu kecil garam, 1/2 sudu kecil perasa (perasa bersama)
  • santan 1 senduk
  • 1/3 sudu kecil kerisik

Cara Penyediaan:

  1. Mula-mula bersihkan kaki ayam. Buang bahagian tengah telapaknya dan potong kuku.
  2. Celur kaki sehingga sedikit empuk dan tambah sekeping asam.
  3. Tujuan celur kaki terlebih dahulu supaya kurang berlendir dalam kuah dan tidak perlu mengambil masa yang lama untuk masaknya.
  4. Kentang direbus asing.
  5. Kisar bahan-bahan (3 biji bawang merah saiz syiling 20 sen, 1 ulas bawang putih, sekeping nipis halia, 1/2 hiris lengkuas.
  6. Panaskan sedikit minyak. Tumis serai dan 4 sekawan hingga wangi.
  7. Masukkan bahan kisar tadi dan tumis biar kekuningan.
  8. Kemudian masukkan rempah kerutuk Cikgu Afy sebanyak 2 sudu besar.
  9. Masukkan 1/2 sudu besar cili kisar biar sehingga terbik minyak.
  10. Barulah masukkan semangkuk air asam jawa.
  11. Perasakan kali pertama: 1/2 kerek nise, 1 sudu kecil garam, 1/2 sudu kecil perasa.
  12. Tutup seketika tudung periuk untuk pes mendidih dala api kecil.
  13. Haaa ini hasilnya selepas 2-3 minit.
  14. Sedia masukkan kaki ayam dan masukkan kentang pada hujung-hujung akhir tempoh masakan.
  15. Masukkan 1/2 cawan air kosong.
  16. Biar sebati pes + kaki ayam kira-kira 15 minit, kacau sekali.
  17. Sedia dimasukkan santan sebanyak 1 senduk kecil. Tambah sedikit air bergantung kepada lebih air yang direneh tadi.
  18. Part penting, masukkan 1/3 sudu kecil kerisik. Jenama Cap Wangi kalau boleh dapatkan.
  19. Perasakan kali kedua: garam dan gula secukup rasa. Biarkan 3-4 minit lagi sambil kacau sesekali sebelum ditutup api.
  20. Tadaaa siap!

Dah siap gulai kerutuk kaki ayam makanan dan resepi khas dari negeri Che Siti Wan Kembang. Jadi, tunggu apa lagi? Jom buat nanti. Sedap sungguh dengan kejadian kaki ayam yang empuk.

Selamat mencuba dan menikmati!

Sumber: Afy AL Habibi

Baca juga: Hidangan Laku Keras Pasar Malam, Resepi Ayam Madu Sira Sedap Makan Hingga Tinggal Tulang Je!

0/5 (0 Reviews)
Free Download WordPress Themes
Free Download WordPress Themes
Download Best WordPress Themes Free Download
Download WordPress Themes Free
free online course
download karbonn firmware
Tags: gulai kerutuk kaki ayamkhasiat kaki ayamresepi kaki ayam
ShareTweetSend

Related Posts

Air Nescafe Paling Sedap
Masak Apa Hari Ini?

Bekas Pekerja Starbucks Kongsi Cara Buat Air Nescafe Paling Sedap! Rasa Creamy, Kena Letak Bahan Ni!

Jun 8, 2023
278
Mini Makaroni Bakar
Masak Apa Hari Ini?

Wanita Ini Kongsi Resipi Mini Makaroni Bakar, Ramai Request Sebab Sedap & Lain Dari Yang Lain

Jun 8, 2023
91
lempeng pisang
Masak Apa Hari Ini?

Cara Paling Sedap Buat Lempeng Pisang. Hidangan Sedap & Mudah, Boleh Makan Ramai-Ramai!

Jun 8, 2023
85
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist