Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Hidangan Laku Keras Pasar Malam, Resipi Ayam Madu Sira Sedap Makan Hingga Tinggal Tulang Je!

Hidangan Laku Keras Pasar Malam, Resipi Ayam Madu Sira Sedap Makan Hingga Tinggal Tulang Je!

Kategori: ,
ayam madu sira

Biasanya di pasar malam, akan ada hidangan yang kalau dijual di sana pasti akan laku keras! Biasanya masakan dari Kelantan yang dijual di mana-mana negeri akan mendapat perhatian dan sambutan ramai.

Antara hidangan yang laku keras jika dijual adalah ayam madu sira. Jadi kali ini, kami ingin berkongsi dengan korang resepi ayam madu sira yang memang menyelerekan. Lagi-lagi kalau makan dengan nasi, ratah pun boleh.

Bila dibakar, dengan hanya bau asapnya sahjaa dah tahu ayam madu sira ni sedap! Korang boleh buat sendiri dekat rumah je. Jom ikut perkongsian yang dikongsi oleh Afy Al Habibi.

Hidangan Laku Keras Pasar Malam, Resipi Ayam Madu Sira Sedap Makan Hingga Tinggal Tulang Je!

Bahan-Bahan:

Cara Penyediaan:

  1. Tuang 1 1/2 sudu besar serbuk rempah ayam madu Cikgu Afy ke atas ayam.
  2. Tambah 1-2 titik sahaja kicap. Jangan lebih untuk kuantiti ayam yang diberikan.
  3. Penambahan kicap ini untuk menghasilkan warna maroon ayam madu yang cantik. Gaul rata.
  4. Seterusnya pindah masuk dalam periuk. Saya buat cara rebus sebab nak dapatkan warna yang cantik tadi. Tak payah perap pun kalau guna kaedah ini.
  5. Saya tambah lagi 1/2 sudu besar rempah ayam madu Cikgu Afy sebab nak tambah air pula selepas ini.
  6. Rebus kira-kira 10 hingga 15 minit dalam api kecil. Balik-balikkan untuk kedua bahagian.
  7. Ayam sira direbus separa masak. Air yang terhasil tu jangan buang ya.
  8. Goreng dulu ayam yang direbus tadi. Tak perlu lama sebab ayam dah masak separa.
  9. Nampak tak beza warnanya (tengok gambar). Kalau digoreng tanpa direbus dulu, warna ayam tidak merah menyerlah sebab masa gorengan yang lama.
  10. Ataupun lepas goreng tak sira balik, warnanya pun jadi kurang cantik juga.

Bahan Buat Kuah Sira Ayam:

  • kuah lebihan rebuasan ayam
  • 1 sudu besar remoah ayam madu Cikgu Afy.
  • 1 senduk kecil minyak goreng ayam.
  • 1/2 sudu besar gula perang

Cara Penyediaan:

  1. Satukan semua bahan di dalam periuk.
  2. Kacau rata seketika dalam api perlahan.
  3. Masukkan ayam yang telah digoeng tadi. Balikkan balikkan bagi sebati dan siap.
  4. Atau kalau nak bau ‘smokey’ macam ayam bakar madu, letak pelapik macam saya tu atau api gas (tengok gambar). Susun ayam, buka api tak sampai seminit. Jangan lama-lama siap!

Dah siap kita punya ayam madu sira ni kan? Memang tengok gambar je dah tahu sedap dan menyelerakan. Makan bersama nasi panas-panas bersama sambalnya dan kuahnya pun boleh buat nasi bertambah-tambah.

Semoga perkongsiaan resepi ayam madu sira ini bermanfaat! Selamat menikmati semuanya.

Kredit: Afy Al Habibi

Baca juga: Cara Paling Sedap Buat Lempeng Pisang. Hidangan Sedap & Mudah, Boleh Makan Ramai-Ramai!

tags: | |