Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Apam Tokyo Berbeza Rasanya Dengan Kuih Manja Di Kelantan, Ini Resepi Apam Tokyo Paling Sedap Seperti Di Pasar Malam!

Apam Tokyo Berbeza Rasanya Dengan Kuih Manja Di Kelantan, Ini Resepi Apam Tokyo Paling Sedap Seperti Di Pasar Malam!

Kategori: ,,

Adakah Apam Tokyo Sama Dengan Kuih Manja? Betul! Ianya sama sahaja cuma nama sahaja berbeza. Sebenarnya banyak nama yang diberikan kepada kuih ini, contohnya Apam Suri dan Apam Sua.

Jadi, nama nama tersebut yang disebut adalah kuih sama sahaja. Mungkin untuk nama lagi rare, letak sebagai Apam Tokyo terasa international.

Apam Tokyo Berbeza Rasanya Dengan Kuih Manja Di Kelantan, Ini Resepi Apam Tokyo Paling Sedap Seperti Di Pasar Malam!

Mudah sahaja resepi Apam Tokyo ini, tidak perlu lagi pergi ke pasar malam jika anda malas atau sibuk. Buat sahaja di rumah dan dimakan seisi keluarga.

Kecil-kecil sahaja kuih ini, mungkin disebabkan ini dipanggil kuih manja di Kelantan.

Apam Tokyo

Bahan-Bahan Untuk Kulit:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1 biji telur
  • 1/4 cawan gula
  • 1/2 cawan susu segar/ susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar marjerin cair
  • Secubit garam

Cara Penyediaan Untuk Kulit:

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. Kemudian satukan dengan semua bahan lain dan kacau hingga sebati.
  3. Sendukkan atas pan. Calit inti & lipat.

Bahan-Bahan Untuk Inti Kastard:

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar kastard
  • 1/2 cawan gula
  • 1 1/2 cawan susu kotak/cair
  • 1 sudu teh pewarna
  • Sedikit esen vanilla

Cara Penyediaan Untuk Inti Kastard:

  1. Masak hingga pekat.

Bahan-Bahan Inti Kaya:

  • 60g gula
  • 125ml air panas
  • 1sdb tepung jagung
  • 170g gula
  • 300ml santan
  • 3bj telur
  • Daun pandan
  • Secubit garam

Cara Penyediaan Untuk Inti Kaya:

  1. Hanguskan 60g gula.
  2. Masukkan air panas.
  3. Bancuh bahan-bahan lain satukan semua dlm periuk.
  4. Masak sampai likat.
  5. Nak cantik licin macam kaya di kedai.
  6. Dah siap jangan lupa blend.

Bahan-Bahan Inti Kastard Pandan:

  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sdb tepung kastard
  • 1/2 cawan air pati pandan pekat
  • 1 cawan santan
  • Secubit garam

Cara Penyediaan Untuk Inti Kastard Pandan:

  1. Blend semua bahan.
  2. Masak sampai likat.

Apam Tokyo Apam Tokyo Apam Tokyo

Perkongsian ini disertakan dengan semua inti Apam Tokyo yang ada untuk memudahkan anda dapat hilangkan craving anda.

Dimakan ketika panas dan crunchy dapat hilangkan segala masalah anda.

Kredit:Izza Howzin

Baca Juga: Dapat Makan Apam Lenggang Sedap Juga Untuk Minum Petang, Resepi Guna Sukatan Cawan Je

tags: | |