Ibu bapa mana yang tidak risau apabila anak-anak tak nak makan nasi atau makanan bayi yang lain. Mungkin anak-anak sudah bosan kerana makanan yang sama sahaja diberikan.
Ibu boleh cuba tukar selera atau resepi yang baharu untuk anak-anak, seperti wanita ini kongsikan Resepi Bubur Ikan Lemak Manis.
Anak Mengamuk Tak Nak Makan Nasi! Resepi Bubur Ikan Lemak Manis, Sesuai Untuk Anak-Anak Kecil Yang ‘Picky Eater’
Resepi ini dikongsikan oleh zanarandai di laman media sosial beliau di TikTok. Beliau memberitahu bahawa anaknya seorang ‘moody eater’ di mana banyak karenah ketika hendak makan.
Apabila beliau cuba Resepi Bubur Ikan Lemak Manis ini, anaknya makan hingga licin mangkuknya.
Bahan-Bahan:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Halia
- Sawi atau sayuran hijau
- Isi ikan (ikan jenahak)
- 2 cube beras frozen
- 2 cube puri labu atau puri lobak merah
- 200ml air
- 1 sudu kecil serbuk ayam
- 1 sudu kecil serbuk bilis homemade
- 120ml susu fullcream
Cara Penyediaan:
- Panaskan periuk dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
- Masukkan sawi atau sayuran hijau sehingga lembik.
- Kemudian, masukkan isi ikan atau boleh sahaja gunakan mana-mana ikan, tetapi wanita ini menggunakan ikan jenahak.
- Kemudian masukkan 2 cube beras frozen dan 2 cube puri labu atau puri lobak merah sehingga cair.
- Tuangkan 200ml air dan masukkan 1 sudu kecil serbuk ayam dan 1 sudu kecil serbuk bilis homemade.
- Kemudian, tuangkan 120ml susu full cream dan tutup periuk tersebut dengan penutup.
- Biarkan ia mendidih dan kacau sekali sekala.
- Selepas 5 minit, bubur ikan lemak manis dah siap.
Mudah sahaja bahan-bahan yang disediakan, masak hanya dalam masa 5 minit dah siap! Anak-anak mesti akan suka dan inginkan lagi.
Selamat mencuba para ibu!
Kredit: zanarandai
Baca Juga: Jom Buat Bubur Ikan Salmon Yang ‘Viral’ Tu, Memang Sedap Sampai Tak Puas Makan!