Roti jala , roti kirai atau roti renjis ialah makanan ringan masa minum teh Melayu dan Minangkabau yang popular dihidangkan bersama hidangan kari yang boleh didapati di Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Ramai yang menyukai roti jala dan dijadikan hidangan minum petang dan ada juga yang menjadikan ia sebagai jualan. ikuti resepi yang dikongsikan oleh Lynnda Ollala.
“Buat Roti Jala Ni, Cicah Dengan Kari Ayam.”- Perkongsian Resepi Adunan Roti Jala Dapat Perhatian Peminatnya. Ini Caranya..
Bahan-Bahan Adunan:
- Tepung gandum 1kg
- Air biasa 5 cawan metrik lebih kurang 1250ml
- Minyak masak 1 cawan metrik
- Telur gred A 3biji atau gred B 4biji
- Garam sikit
- Pewarna ikut kesukaan
- 1 cawan metrik=250ml
Cara Membuat Adunan:
- Gaul semua bahan dan blend sahaja ke dalam blender sehingga tekstur adunan licin tiada tepung yang berketul, kalau berketul lubang botol adunan akan tersumbat.
- Kalau adunan tu cantik, tengok pusaran di tengah blender jika ada lubang sebesar ibu jari maknanya adunan dah elok.
- Dah boleh mula menjala, buat bentuk mengikut kreativiti masing-masing.
Tips: Gunakan botol muncung 5 untuk mendapatkan hasil yang rapat-rapat dan gunakan api yang perlahan.
Semoga dengan adanya resepi yang ringkas untuk membuat roti jala boleh membantu rakan-rakan. Jangan luoa untuk berkongsi resepi dengan yang lain.
Kredit: Lynnda Ollala
Baca juga: “Sedap Sangat Resepi Udang Buttermilk Ni”- Kalau Ayam Buttermilk Pun Dah Ramai Peminat, Apalagi Udang Buttermilk Cheese Ini. Kena Cuba!